Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Versi Android Mula Sekat ‘Screenshot’ Gambar Profil

Diterbitkan Mac 13, 2024 · Dikemas kini Mac 13, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp bulan lalu dilaporkan mula menguji ciri baharu untuk menghalang keupayaan screenshot atau tangkap layar gambar profil kenalan.

Walaupun Meta masih belum mengumumkannya secara rasmi, nampaknya ciri itu kini mula tersedia kepada pengguna WhatsApp versi Android.

Berkaitan

  • Huawei MatePad Pro 13.2, Tablet Besar Dan Berkuasa Macam 'Laptop' Tapi Ringan
  • Ini Cara 'Edit' Pelekat Sedia Ada Di Aplikasi WhatsApp Untuk iOS
  • Ini Tiga Telefon Paling 'Trending' Dan Dicari-Cari Pada Tahun 2023

Melalui tinjauan di aplikasi WhatsApp versi 2.24.4.76, percubaan untuk tangkap layar semasa gambar profil kenalan dibuka dalam paparan penuh menunjukkan notifikasi bahawa tindakan itu telah disekat secara default.

WhatsApp Android_2
WhatsApp Android_1

 

Perlu diketahui, pengguna masih mempunyai alternatif lain untuk mengambil gambar profil kenalan. Namun begitu, dengan menghalang keupayaan tangkap layar secara langsung dalam aplikasi, ia mengukuhkan konsep privasi dan persetujuan pengguna.

Selain itu, ia juga memberikan perlindungan tambahan terhadap akses tanpa kebenaran.

Setakat ini, ciri sekatan tangkap layar gambar profil hanya tersedia untuk WhatsApp versi Android, manakala pengguna iOS dan desktop masih dibenarkan untuk melakukan sedemikian – sekurang-kurangnya buat masa ini.

Sudah pastinya, ciri yang sama akan diperluas untuk WhatsApp versi iOS dan desktop tidak lama lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY