Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan ‘Chat’ Kumpulan

WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan ‘Chat’ Kumpulan

Diterbitkan Mac 7, 2023 · Dikemas kini Mac 7, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang menguji ciri baharu dipanggil sebagai “Expiring Groups”, yang membolehkan pengguna menetapkan tamat tempoh untuk grup di aplikasi itu.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Butang "HD" Ketika Hantar Gambar Tapi Bukan Kualiti Asal Imej
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh 'Mute' Panggilan Nombor Tak Dikenali
  • WhatsApp Setuju Untuk Lebih Telus Mengenai Perubahan Dasar - EU

Mengulas lanjut, pengguna kelak mempunyai pilihan untuk menetapkan tamat tempoh seperti satu hari, seminggu, atau menyesuaikan tempoh tertentu. Setelah tempoh yang ditetapkan itu berakhir, pengguna akan digesa untuk membersihkan ruang sembang itu.

Bagaimanapun, perlu diketahui pilihan itu hanya ditetapkan secara individu dan tidak terpakai untuk ahli kumpulan yang lain. Sebagai tambahan, pengguna juga boleh mengubah pilihan yang telah ditetapkan.

WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan ‘Chat’ Kumpulan

Dengan pengenalan ciri ini kelak, ia dijangka akan memberikan penyelesaian yang baik bagi isu seperti grup yang tidak relevan untuk dikekalkan dalam tempoh tertentu.

Di samping itu, ia juga membolehkan pengguna menguruskan lambakan chat kumpulan dengan baik selain menjimatkan ruang dan storan, terutamanya bagi ruang sembang yang diwujudkan sementara untuk acara tertentu seperti sambutan hari lahir dan sebagainya.

Buat masa ini, ciri tersebut masih dalam peringkat pembangunan dan belum diketahui bila ia akan dilepaskan kepada versi stabil.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY