Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Setuju Untuk Lebih Telus Mengenai Perubahan Dasar – EU

WhatsApp Setuju Untuk Lebih Telus Mengenai Perubahan Dasar – EU

Diterbitkan Mac 6, 2023 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Eropah kini memaklumkan WhatsApp telah bersetuju untuk menjadi lebih telus mengenai perubahan dasar privasi yang diperkenal pada 2021, berikutan aduan daripada kesatuan pengguna di seluruh Eropah itu.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Butang "HD" Ketika Hantar Gambar Tapi Bukan Kualiti Asal Imej
  • Ini Rupa Ciri 'Newsletter' Yang Bakal Hadir Ke WhatsApp
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh 'Mute' Panggilan Nombor Tak Dikenali

Tahun lalu, Pertubuhan Pengguna Eropah (BEUC) memberitahu WhatsApp bahawa ia tidak menjelaskan perubahan polisi dalam bahasa yang jelas dan mudah difahami, serta melanggar undang-undang blok itu.

Kini, WhatsApp telah bersetuju untuk menerangkan perubahan dasar kepada pengguna Kesatuan Eropah (EU) dan memaparkan dengan jelas kemungkinan untuk pengguna menerima atau menolak perubahan serta memastikan pengguna boleh menutup pop-up notifikasi dengan mudah.

Sebagai tambahan, syarikat itu juga mengesahkan bahawa data peribadi pengguna tidak dikongsi dengan pihak ketiga atau syarikat Meta yang lain, termasuk Facebook, untuk tujuan pengiklanan.

Dalam pada itu, Pesuruhajaya Keadilan Didier Reynders berkata pengguna mempunyai hak untuk memahami perkara yang mereka bersetuju dan apa yang diperlukan oleh pilihan itu secara konkrit, supaya mereka boleh memutuskan sama ada mahu terus menggunakan platform itu atau sebaliknya.

Sumber: Reuters

Gambar utama: RTE

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY