Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp delete_

WhatsApp Uji Butang “HD” Ketika Hantar Gambar Tapi Bukan Kualiti Asal Imej

Diterbitkan Februari 21, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Laporan terbaru berkongsi bahawa WhatsApp beta pada iOS ini hadir dengan butang HD sebelum anda hantar gambar. Jadi, 2 pilihan tersedia ialah ‘Standard Quality‘ dan ‘HD Quality‘.

WhatsApp Uji Butang “HD” Ketika Hantar Gambar Tapi Bukan Kualiti Asal Imej

Anda mungkin rasa seperti sudah membaca berita ini minggu lalu yang mengatakan WhatsApp akan benarkan penghantaran gambar dalam kualiti asal.

Melalui pemerhatian baharu daripada sumber yang sama, mereka mendapati sudah ada perubahan di mana melalui butang HD yang baharu ini, WhatsApp mengehadkan imej dihantar dalam 90% daripada kualiti asal.

There is a correction for the news. It seems WhatsApp recently changed some configuration, and the quality will be set to "90%" when sharing images by using the "HD" option. This option will still preserve image dimensions, but a light compression is still applied to the image. https://t.co/bFnkn3NP6u

— WABetaInfo (@WABetaInfo) February 16, 2023

Ini sedikit mengecewakan kerana kualiti asal 100% yang menjadi idaman pengguna selama ini. Walaupun hanya dimampatkan (compress) sebanyak 10%, namun ia masih versi dimampat.

Dalam hal ini, Telegram masih menang. Penghantaran gambar untuk pilihan tidak dimampat lebih mudah berbanding WhatsApp walaupun kedua-duanya menghantar dalam bentuk fail.

Berkaitan

  • CEO WhatsApp Gesa Jangan Guna Telegram, Dakwa Ia Aplikasi Intip Rusia
  • Cara Miliki HONOR X9a Dengan Percuma - Skrin 'Curved' Tahan Lasak Dengan 5G
  • Ini Cara Beli 'Laptop' Dan Tablet Yang Sokong Aplikasi Google Harga ‘Rahmah’
  • Perkhidmatan 5G Daripada Yes Dan Unifi Dipercayai Akan Hadir Ke iPhone Tak Lama Lagi
  • Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia

Bilakah ciri HD ini akan tiba? Mungkin dalam masa beberapa bulan lagi kerana ia masih diuji pada versi beta.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY