Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp_featured image

WhatsApp Uji Ciri Tambah Kapsyen, Sunting Pelekat GIF

Diterbitkan November 15, 2024 ยท Dikemas kini November 15, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp sedang menguji ciri yang membolehkan pengguna menambah kapsyen atau menyunting pelekat GIF di platform pemesejan itu.

Seperti ditunjukkan dalam tangkap layar di bawah, pengguna hanya perlu tap dan hold pada GIF yang berkenaan.

Ia kemudian akan memaparkan pilihan tambahan, iaitu “Add caption” dan “Edit”. Bagaimanapun, kedua-dua pilihan tersebut akan membawa kepada paparan yang sama.

WhatsApp Uji Ciri Tambah Kapsyen, Sunting Pelekat GIF

Dengan ciri ini, ia membolehkan pengguna menambah konteks atau menyesuaikan GIF secara terus dalam aplikasi WhatsApp, menjadikan proses lebih lancar dan mesra pengguna.

Selain itu, pengguna juga boleh menyunting GIF – seperti menambah pelekat lain dan trim GIF mengikut kesesuaian, terutamanya apabila terdapat bahagian yang tidak diperlukan pada awal atau akhir.

Sebelum ini, pengguna yang ingin menambah kapsyen pada GIF perlu melalui proses lebih rumit. Pengguna perlu memuat turun GIF dari pelayar, menyimpan ke peranti, dan kemudian memilihnya dalam WhatsApp untuk melampirkan kapsyen.

Difahamkan, ciri ini telah pun tersedia untuk sebilangan penguji beta yang memasang kemas kini terkini WhatsApp beta untuk iOS daripada aplikasi TestFlight.

Namun begitu, sebilangan pengguna WhatsApp iOS versi stabil, termasuk penulis, telah pun mendapat akses kepada ciri itu.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • WhatsApp Perkenal Cara Lebih Mudah Urus Dan Tambah Kenalan
  • WhatsApp Tambah Ciri Baharu Dalam Penapis Sembang
  • WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY