Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Tambah Ciri Baharu Dalam Penapis Sembang

WhatsApp Tambah Ciri Baharu Dalam Penapis Sembang

Diterbitkan November 1, 2024 oleh Rushsyafizal

Sebelum ini WhatsApp telah memperkenalkan beberapa perubahan dan penambahbaikkan baharu dalam aplikasinya, iaitu penapis sembang. Kini WhatsApp sekali lagi telah memperkenalkan ciri Senarai Khusus  susulan daripada penambahbaikkan sebelum ini untuk membantu pengguna memberi tumpuan kepada perbualan penting.

whatsapp chat filter
penapis sembang dahulu

Ciri ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk mencipta kategori sendiri seperti keluarga, kerja, atau komuniti sekitar agar dapat menapis perbualan mengikut keperluan.

Pengguna boleh mencipta dan menyunting senarai dengan mudah melalui ikon “+” di bar penapis di tab Sembang, atau menyunting senarai dengan menekan lama pada senarai yang diinginkan.

Sama seperti fungsi Kegemaran, pengguna boleh menambah sembang kumpulan dan individu ke dalam senarai ini, yang akan dipaparkan secara automatik dalam bar penapis.

Ciri senarai terbaru ini telah pun dilancarkan semalam. Namun, pengguna bakal menerima fungsi tersebut secara berperingkat. WhatsApp berhasrat untuk terus memperluas fungsi senarai ini bagi memberikan pengalaman komunikasi yang lebih terfokus kepada pengguna.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • Moto Razr 50 White Lover Edition Eksklusif Di China
  • OnePlus 13 Hadir Dengan Snapdragon 8 Elite, Bateri 6000mAh
  • Samsung Bespoke AI Laundry Combo Dengan Teknologi AI Dilancarkan Di Malaysia
  • Asus ROG Phone 9 Pro Dikhabar Hadir Dengan Skrin 185Hz

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY