Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-23T113603.851

WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini

Diterbitkan November 14, 2024 oleh Rushsyafizal

Melalui kemas kini beta terbaru, WhatsApp kini mempermudah proses berkongsi gambar berkualiti tinggi dan meningkatkan pengalaman pengguna.

Menurut laporan WaBetaInfo, kemas kini beta (versi Android 2.24.24.9) membawa perubahan besar dalam pemilihan imej. Sebelum ini, setiap kali pengguna memilih gambar, mereka akan dibawa terus ke skrin penyuntingan, yang mengganggu pengguna yang ingin memilih lebih banyak gambar.

Kini, setelah memilih imej, pengguna akan dibawa kembali ke skrin sembang, membolehkan pemilihan lebih banyak gambar tanpa gangguan.

Beta WhatsApp memberi pilihan penyuntingan, pengguna hanya perlu klik butang “Edit” jika ingin mengubah suai gambar terlebih dahulu. Ini memberikan lebih fleksibiliti kepada pengguna untuk menghantar gambar dengan cepat atau mengambil masa untuk penyuntingan.

WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini

WhatsApp juga menambah ciri baharu untuk kapsyen. Kini, apabila menghantar beberapa foto atau video, pengguna boleh menambah kapsyen secara individu untuk setiap media atau menggunakan satu kapsyen untuk semua sekali gus. Ini memudahkan pengguna untuk menjelaskan kandungan yang dihantar, terutama ketika berkongsi banyak gambar atau video.

Selain itu, WhatsApp sedang menguji beberapa perubahan lain bagi meningkatkan pengalaman pengguna, termasuk akses lebih mudah ke galeri media. Buat masa sekarang, belum diketahui lagi bila ciri ini akan ditawarkan.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Netflix Dan Viu Platform Penstriman Berbayar Paling Popular Di Malaysia
  • Google Gemini Tambah Fungsi Baharu Dalam Gems
  • Viu Premium Sedang Tawar Diskaun Langganan 50% Untuk Masa Terhad, RM55 Sahaja 1 Tahun
  • Unifi Tawar Pascabayar UNI5G Percuma 6 Bulan Kepada Pelanggan Home Broadband

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY