Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Edit WhatsApp

Akhirnya, Pengguna Kini Boleh ‘Edit’ Mesej Di WhatsApp

Diterbitkan Mei 22, 2023 · Dikemas kini Mei 22, 2023 oleh Amalina Athman

Setelah sekian lama, WhatsApp kini mengumumkan ciri edit atau suntingan mesej di aplikasi pemesejan itu.

Berkaitan

  • Pengguna iPhone Kelak Boleh Pindahkan 'Chat' WhatsApp Tanpa iCloud
  • Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"

Menurut WhatsApp, ciri ini telah mula dilancarkan kepada pengguna global dan seperti biasa ianya ditawarkan secara berperingkat. Oleh itu, tidak perlu risau jika anda belum menerimanya.

Jika ciri ini telah pun tersedia di peranti anda, suntingan mesej di WhatsApp boleh dilakukan dengan hold atau tekan lama pada mesej yang dihantar dan pilih “Edit” di bahagian menu.

Bagaimanapun, perlu diketahui tempoh suntingan adalah terhad kepada 15 minit selepas mesej berkenaan dihantar.

edit mesej WhatsApp

Sebagai tambahan, mesej yang telah disunting akan memaparkan “disunting” atau “edited”. Namun, ia tidak akan menunjukkan sejarah suntingan.

Sudah tentu, ciri suntingan ini membolehkan pengguna membetulkan maklumat, kesalahan ejaan atau typo dengan lebih mudah, tanpa perlu menghantar semula mesej pembetulan dan sebagainya.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY