Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan

WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan

Diterbitkan Januari 13, 2018 ยท Dikemas kini Januari 15, 2018 oleh Helmi Samsuri

Bagi mengawal perbualan serta perkongsian didalam grup, WhatsApp telah memperkenalkan fungsi pentadbir dan sejak dari itu, pelbagai penambahbaikan telah diberikan.

Seperti yang semua sedia maklum, jika mahu melucutkan peranan pentadbir yang lain, anda perlu mengeluar serta memasukkan semula pengguna tersebut ke dalam grup.

Namun kini, WhatsApp versi beta bakal memudahkan langkah berkenaan menerusi fungsi “Dismiss as admin”.

WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan
Android

Melaluinya, anda boleh “memecat” pentadbir lain dan menjadikannya sebagai ahli grup biasa dengan lebih mudah.

Difahamkan ciri ini sedang diuji pada versi beta Android, manakala pembangunan ciri itu sedang giat dijalankan untuk platform iOS. Dijangkakan ciri ini akan dikembangkan kepada umum dalam beberapa minggu lagi.

WhatsApp Uji Ciri Lucutkan Peranan Pentadbir Lain Dalam Grup Perbualan
iOS

Sumber: WABetaInfo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
  • Pelajar MRSM Perak Menang RM47,000 Hasil Inovasi Bantu OKU Cacat Penglihatan
  • Pra Tempah 2 Pembesar Suara Mudah Alih CMF Baharu Ini Kini Dibuka Bermula RM259
  • PayNet Perluas Pembayaran DuitNow QR Ke 5 Destinasi Luar Negara - Ini Bank Yang Menyokongnya
  • Foxconn Habiskan 1 Trilion Token Bagi Melatih AI FoxBrain Dalam 12 Hari
  • Cara Batalkan Sijil MyDigital ID
  • Cara Beli 'Travel' eSIM Shopee
©2026 WISER.MY