Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp 2023

WhatsApp Tiru Telegram Lagi, Boleh Pin Mesej Pula

Diterbitkan Oktober 5, 2023 oleh ariff bukhari

WhatsApp terus menambah baik platform sosial mereka dengan memperkenalkan pula satu lagi ciri baru iaitu ciri pin mesej.

Sebelum ini WhatsApp telah pun menawarkan ciri pin tetapi hanya terhad untuk pin sembang individu dan grup sahaja. Tetapi kini mereka mencuba pula untuk menawarkan ciri pin mesej.

Ciri pin mesej akan membolehkan pengguna melihat dan merujuk maklumat penting dengan mudah dalam sembang. Malah mesej yang dipin itu juga boleh ditetapkan tempohnya.

WhatsApp Tiru Telegram Lagi, Boleh Pin Mesej Pula
Ciri pin mesej sudah lama digunakan oleh pengguna Telegram. Jadi ciri seperti ini bukanlah asing kepada mereka, tetapi baru kepada pengguna WhatsApp.

Selain daripada itu, turut akan diperkenalkan adalah menu perkongsian sembang yang lebih mesra pengguna.

Ciri-ciri baru ini masih dalam peringkat ujian dan pembangunan. Jadi hanya pengguna WhatsApp versi beta yang sudah dapat mula mencuba lebih awal ciri-ciri baru tersebut.

Tetapi dijangkakan penguna WhatsApp yang lain juga akan dapat ciri baru pin mesej ini sedikit masa lagi menerusi kemas kini terbaru WhatsApp nanti.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
  • Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma

Sumber: WABetainfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY