Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Transkrip Mesej Suara WhatsApp

WhatsApp Perkenal Transkrip Mesej Suara

Diterbitkan November 22, 2024 · Dikemas kini November 22, 2024 oleh Amalina Athman

Setelah beberapa bulan dilaporkan dalam ujian, WhatsApp kini memperkenalkan ciri transkripsi yang memudahkan pengguna berkomunikasi menggunakan mesej suara. Transkrip mesej suara merupakan versi bertulis bagi mesej suara.

Dengan ciri ini, ia dapat meningkatkan kebolehcapaian aplikasi dan pengalaman pengguna. Terutamanya bagi pengguna yang mengalami masalah pendengaran, atau berada dalam persekitaran yang bising di mana mendengar mesej suara adalah sukar.

transkrip voice message_whatsapp mark zuck

Menurut WhatsApp, transkrip mesej suara dijanakan pada peranti pengguna dan mesej suara kekal dilindungi oleh ciri penyulitan hujung ke hujung. Tiada sesiapa, termasuk WhatsApp, boleh mendengar mesej suara atau melihat kandungan transkrip mesej suara tersebut.

Dari segi ketersediaan, ciri transkrip mesej suara akan dilancarkan secara global dalam beberapa minggu akan datang, dengan sokongan beberapa pilihan bahasa sebagai permulaan. Walaupun begitu, WhatsApp merancang untuk menambah lebih banyak pilihan bahasa dalam beberapa bulan akan datang.

Untuk mengetahui sekiranya telah menerima ciri ini, akses boleh dilakukan melalui Settings > Chats > Voice message transcript. Kemudian, hold atau tahan lama pada mesej suara dan klik “transcribe”.

Berkaitan

  • Status WhatsApp Kini Hadir Dengan Ciri 'Mention' Dan Tanda Suka
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lagu Dalam Kemas Kini Status
  • WhatsApp Akan Mudahkan Hantar Banyak Gambar Dengan Ciri Baharu Ini

Sumber: WhatsApp 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY