Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lagu Dalam Kemas Kini Status

Diterbitkan Oktober 23, 2024 · Dikemas kini Oktober 23, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp sedang membangunkan ciri yang memberikan keupayaan untuk menambah lagu dalam kemas kini Status – seperti di Facebook dan Instagram Stories.

Ciri baharu ini akan memperkenalkan butang muzik pada bahagian editor. Menerusi butang ini, pengguna boleh mencari lagu atau artis tertentu.

Sebaik sahaja lagu dipilih, ia akan diintegrasikan ke dalam kemas kini status, membolehkan pengguna menyesuaikan foto atau video dengan muzik.

tambah lagu status whatsapp_

Dengan ciri ini, perkongsian lagu secara terus dalam Status WhatsApp akan menjadi lebih mudah. Ia juga menjadikan kemas kini Status lebih menarik, selain dapat membantu pengguna mengekspresikan konteks kandungan dengan runut bunyi.

Seperti biasa, buat masa ini ciri perkongsian muzik di Status WhatsApp masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tambah Latar Belakang, 'Filter' Semasa Panggilan Video
  • Status WhatsApp Kini Hadir Dengan Ciri 'Mention' Dan Tanda Suka
  • Stok Terhad: Barang Elektronik Murah di Shopee – Jangan Lepaskan Peluang!

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY