Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp_featured image2

WhatsApp Akan Perkenal Ciri Transkrip Mesej Suara

Diterbitkan Julai 10, 2024 · Dikemas kini Julai 10, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp sejak tahun lalu mula membangunkan ciri transkripsi mesej suara. Terbaharu, ciri ini dilaporkan mula tersedia untuk penguji beta yang mengemas kini WhatsApp beta versi 2.24.15.5 untuk Android.

Berkaitan

  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • WhatsApp Bangunkan Ciri AI Untuk Janaan Imej Pengguna

Melalui perkongsian WABetaInfo, ia memperlihatkan sesetengah penguji beta boleh mengaktifkan ciri transkripsi untuk mesej suara yang diterima atau dihantar. Namun, ia memerlukan pengguna untuk memuat turun pakej data tambahan terlebih dahulu.

whatsapp transcript

Pakej data ini tersedia dengan lima pilihan bahasa, termasuk bahasa Inggeris, Sepanyol, Portugis (Brazil), Rusia dan Hindi.

Memandangkan WhatsApp menawarkan pakej data untuk lima bahasa, ia menunjukkan ciri ini mungkin hanya tersedia kepada pengguna yang terhad di beberapa negara di mana bahasa tersebut dituturkan atau disokong secara meluas.

Walau bagaimanapun, dijangkakan ia akan menyokong lebih banyak bahasa apabila dilancarkan secara umum kelak.

Dengan keupayaan menukar mesej suara kepada teks, ia dapat meningkatkan kebolehcapaian aplikasi dan pengalaman pengguna. Terutamanya, bagi pengguna yang mengalami masalah pendengaran atau berada dalam persekitaran yang bising di mana mendengar mesej suara adalah rumit.

Ciri ini juga menawarkan kemudahan kepada pengguna yang menerima mesej suara yang panjang, kerana membolehkan transkripsi dibaca dengan cepat dan bukannya perlu mendengar keseluruhan mesej suara.

Seperti dinyatakan, buat masa ini keupayaan transkrip mesej suara hanya tersedia untuk sebilangan pengguna beta.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY