Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain

WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain

Diterbitkan April 14, 2023 · Dikemas kini April 17, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini mengumumkan ciri keselamatan tambahan untuk aplikasi pemesejan itu. Antaranya termasuk semakan pendaftaran baharu bagi perlindungan akaun, pengesahan peranti dan kod keselamatan automatik.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Ciri Baharu, Pengguna Boleh 'Lock' Dan Sembunyi Perbualan Tertentu
  • WhatsApp Menguji Ciri Baharu Iaitu "Video Message", Ini Beza Dengan Video Sekarang
  • Sokongan WhatsApp Sehingga 4 Peranti Kini Tersedia Untuk Lebih Ramai Pengguna

Bagi melindungi akaun, pengguna kini perlu melakukan semakan pendaftaran baharu jika ingin menukar akaun WhatsApp ke peranti baharu. Ia bertujuan bagi memastikan pendaftaran itu dilakukan oleh pengguna sebenar.

WhatsApp menyatakan pihaknya mungkin akan mula meminta pengguna untuk mengesahkan bahawa peranti sedia ada akan menggunakan langkah ini sebagai semakan keselamatan tambahan.

WhatsApp Perkenal Ciri Pengesahan Baharu Untuk Tukar Akaun Ke Peranti Lain

Dengan ciri ini juga, ia membolehkan pengguna tahu jika terdapat percubaan tidak dibenarkan daripada pihak tertentu untuk mengalihkan akaun berkenaan ke peranti lain.

Selain semakan pendaftaran baharu, WhatsApp turut memperkenalkan ciri penentusahan peranti dan kod keselamatan automatik. Maklumat lanjut mengenainya boleh dirujuk melalui pautan ini.

Sumber: WhatsApp

Gambar utama: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
©2026 WISER.MY