WhatsApp versi Beta kini dilepaskan dengan ciri baharu yang dinamakan “video message“. Anda pasti tertanya-tanya, apa beza dengan video yang ada sekarang?
Perbezaannya ialah video message hanya boleh dirakam secara langsung, terus daripada WhatsApp dan terhad 60 saat (setakat ini). Anda tidak ada pilihan untuk pilih video.
Seperti anda lihat di atas, video tersebut akan dimainkan secara automatik dan dalam loop, berdasarkan perkongsian WABetaInfo setakat ini.
Ini bermakna, kelak anda akan ada 2 pilihan untuk hantar video sama ada secara langsung dan terus daripada WhatsApp ataupun seperti yang sedia ada sekarang di mana anda boleh pilih daripada galeri.
Dalam chat juga nanti anda dapat lihat perbezaannya seperti label “Video” seperti sekarang atau “Video Message” yang sedang diuji sekarang.
Antara muka untuk merakam video message juga pastinya berbeza kerana anda hanya boleh merakam.
Penerima juga akan dapat lihat dengan jelas perbezaan antara video biasa dan mesej video.

Untuk pengguna, mungkin kita akan rasa keistimewaan video mesej ini kerana sifatnya yang perlu dirakam secara langsung (on-the-spot) lantas mengetahui video tersebut asli daripada pengirim.
Jika anda pengguna tegar Telegram, anda pasti sedar ciri ini sudah lama ada di sana.
{suggest}
Ini juga pastinya membantu peniaga dan pembeli untuk menilai tahap kepercayaan antara satu sama lain.
Apa-apapun, ciri ini masih diuji pada Beta, jadi kita perlu tunggu berbulan-bulan lagi sebelum ia rasmi di versi awam.
Sumber: WABetaInfo