Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp lock chat

WhatsApp Uji Ciri Baharu, Pengguna Boleh ‘Lock’ Dan Sembunyi Perbualan Tertentu

Diterbitkan April 4, 2023 ยท Dikemas kini April 4, 2023 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini dilapor sedang membangunkan ciri baharu, yang membolehkan pengguna mengunci perbualan tertentu.

Berkaitan

  • WhatsApp Bangunkan Ciri Mesej Video Untuk Pengguna iPhone
  • Cara Menggunakan Akaun Whatsapp Yang Sama Pada Peranti Berlainan
  • Cara Menghantar Gambar Dan Video Berkualiti Penuh Daripada iPhone Melalui Whatsapp

Menerusi perkongsian WABetaInfo, ia memperlihatkan pengguna boleh mengunci perbualan individu. Setelah perbualan berkenaan ditambah dalam senarai kunci, ianya hanya boleh diakses dengan menggunakan cap jari, kata laluan atau pengesahan biometrik.

WhatsApp Uji Ciri Baharu, Pengguna Boleh ‘Lock’ Dan Sembunyi Perbualan Tertentu

Selain itu, jika seseorang cuba mengakses peranti dan gagal memberikan pengesahan yang diperlukan, mereka akan digesa mengosongkan perbualan untuk membukanya.

Dengan ciri sedemikian, ia menawarkan privasi tambahan untuk perbualan atau kandungan yang sensitif, sekali gus dapat menghalang orang lain membaca mesej tersebut.

Di sisi yang lain, ciri ini juga dapat memastikan media peribadi, seperti foto dan video yang dihantar dalam perbualan individu tidak disimpan secara automatik dalam galeri peranti.

Seperti biasa, buat masa ini ciri kunci perbualan masih dalam pembangunan dan belum diketahui bila ia akan dilepaskan kepada versi stabil.

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY