Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsApp featured image_medium

WhatsApp Android Kelak Ada Ciri “Mark All As Read”

Diterbitkan Ogos 27, 2024 · Dikemas kini Ogos 27, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri yang membolehkan pengguna Android menandakan semua mesej sebagai telah dibaca atau “mark all as read”.

 

Pilihan ini akan ditambahkan dalam menu di bahagian senarai sembang, membolehkan pengguna mengosongkan mesej yang belum dibaca dengan mudah dalam satu tindakan.

WhatsApp mark all as read

Walaupun ciri ini telah lama tersedia untuk WhatsApp versi iOS, penawaran yang serupa untuk aplikasi Android akan menambah baik kemudahan pengguna serta memastikan pengalaman yang konsisten merentas platform yang berbeza.

whatsapp android 24
WhatsApp Android ketika ini
whatsapp iOS 24
WhatsApp iOS

Dengan ciri ini, ia mungkin berguna terutamanya bagi pengguna Android yang mahukan cara lebih cepat untuk menguruskan timbunan mesej belum dibaca.

Daripada perlu membuka atau memilih setiap sembang secara manual untuk menandakan sebagai dibaca, pengguna boleh menggunakan pintasan ini untuk menjimatkan masa tanpa perlu melakukan tindakan sama berulang dan mengosongkannya sekali gus.

Buat masa ini, ciri tandakan semua sembang sebagai dibaca masih dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'
  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • WhatsApp Bangunkan Ciri Sekat Mesej Daripada Akaun Tak Dikenali
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tetapkan 'Username' Dengan Sokongan PIN

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY