Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Dilapor Sedang Menguji Fungsi “Senyapkan” Ahli Grup

WhatsApp Dilapor Sedang Menguji Fungsi “Senyapkan” Ahli Grup

Diterbitkan Disember 5, 2017 ยท Dikemas kini Disember 6, 2017 oleh Helmi Samsuri

Merupakan salah satu platform pemesejan yang popular ketika ini, pelbagai pembaharuan cuba diperkenalkan oleh WhatsApp supaya ia kekal menarik minat pengguna untuk terus menggunakannya.

Terbaru, aplikasi ini dikatakan sedang menguji satu ciri yang dipanggil sebagai Restricted Groups (Grup terbatas) yang mana pentadbir akan diberi pilihan untuk”senyapkan” ahli grup. Melalui ciri itu, pentadbir berupaya menyekat ahli grup dari membuat perkongsian sama ada teks perbualan mahupun media seperti gambar, audio dan lain-lain.

WhatsApp Dilapor Sedang Menguji Fungsi “Senyapkan” Ahli Grup

Ini bermakna, ahli grup hanya boleh “menonton” perkongsian yang dibuat oleh pentadbir dan sekiranya ahli mahu menghantar perbualan, mereka boleh menekan butang Message Admin.

Menerusi butang itu, hanya perkongsian yang ditapis dan dibenarkan oleh pentadbir sahaja akan tersiar di dalam grup.

Ciri ini masih diuji dalam peringkat beta dan mungkin ia akan ditawarkan kepada umum tidak lama lagi.

Sumber: Express

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY