Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

WhatsApp Diharamkan Pada Peranti Milik Dewan Perwakilan AS

Diterbitkan Jun 24, 2025 · Dikemas kini Jun 24, 2025 oleh Amalina Athman

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat kini mengharamkan sepenuhnya penggunaan WhatsApp pada semua peranti rasmi yang digunakan oleh kakitangannya, menurut satu memo yang dihantar pada Isnin.

Menurut notis itu, Pejabat Keselamatan Siber menganggap WhatsApp sebagai aplikasi berisiko tinggi kepada pengguna kerana kurangnya ketelusan tentang cara data pengguna dilindungi, tiada penyulitan ke atas data yang disimpan serta potensi ancaman keselamatan akibat penggunaannya.

Sebagai alternatif, Ketua Pegawai Pentadbiran (CAO) Dewan Perwakilan AS mencadangkan pengguna aplikasi seperti Microsoft Teams, Wickr daripada Amazon, Signal serta iMessage dan FaceTime daripada Apple.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Meta Andy Stone membantah keputusan tersebut menerusi satu hantaran di platform X. Beliau berkata syarikat itu tidak bersetuju “sekeras-kerasnya” dengan gambaran yang diberikan oleh CAO terhadap WhatsApp.

We disagree with the House Chief Administrative Officer’s characterization in the strongest possible terms. We know members and their staffs regularly use WhatsApp and we look forward to ensuring members of the House can join their Senate counterparts in doing so officially. https://t.co/QsUPKaiAmU

— Andy Stone (@andymstone) June 23, 2025

Stone menegaskan bahawa mesej di WhatsApp dilindungi dengan penyulitan hujung ke hujung secara default. Ini bermakna, tiada pihak ketiga, termasuk Meta sendiri sebagai pemilik platform, boleh membaca kandungan mesej tersebut.

Ini merupakan tahap keselamatan yang lebih tinggi berbanding kebanyakan aplikasi dalam senarai yang diluluskan oleh CAO, yang tidak menawarkan perlindungan seperti itu.

Untuk rekod, WhatsApp bukanlah satu-satunya aplikasi yang diharamkan oleh Dewan Perwakilan AS. Pada 2022, TikTok telah diharamkan daripada semua peranti kerajaan, manakala penggunaan versi percuma ChatGPT juga dikenakan sekatan pada 2023.

Berkaitan

  • WhatsApp Perkenal Sejumlah Ciri Baharu - Emoji Animasi, Pelekat Video
  • WhatsApp Akan Mula Papar Iklan - Ini Apa Pengguna Perlu Tahu
  • ChatGPT Kini Boleh Jana Imej Dalam WhatsApp - Terhad 1 Sehari, Ini Cara Dapat Lebih
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar

Sumber: Axios

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY