Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Desktop

WhatsApp Desktop Versi Baharu Diperkenal, Kini Sokong Panggilan Video Sehingga 8 Orang

Diterbitkan Mac 23, 2023 · Dikemas kini Mac 23, 2023 oleh Amalina Athman

Meta kini mengumumkan aplikasi WhatsApp Desktop versi baharu untuk Windows, tersedia untuk dimuat turun di sini.

Berkaitan

  • WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan 'Chat' Kumpulan
  • Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat 'Sticker' WhatsApp Untuk iOS

Dengan aplikasi desktop baharu ini, ia menawarkan antara muka seakan versi mudah alih serta boleh dimuatkan dengan lebih pantas.

Pengguna WhatsApp Desktop boleh membuat panggilan video secara berkumpulan hingga 8 orang dan panggilan audio hingga 32 orang. WhatsApp juga merancang untuk menaikkan had ini dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, WhatsApp menyatakan pihaknya akan terus menambah lebih banyak peranti yang menyokong aplikasi pemesejan itu.

WhatsApp Desktop Mac

Terdahulu, WhatsApp untuk tablet Android telah tersedia bagi versi beta. Selain itu, WhatsApp juga telah melancarkan aplikasi desktop baharu untuk Mac. Namun, ia masih berada pada peringkat awal beta dan dijangka akan diperkenal kepada umum tidak lama lagi.

Sumber: WhatsApp

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY