Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp pelekat_1

Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat ‘Sticker’ WhatsApp Untuk iOS

Diterbitkan Mac 16, 2023 oleh Amalina Athman

Beberapa minggu lalu, WhatsApp telah memperkenal ciri baharu yang membolehkan pengguna iOS mempunyai keupayaan untuk menghasilkan sticker atau pelekat dengan mudah.

Namun, memandangkan WhatsApp kebiasaannya melepaskan ciri baharu secara berperingkat, tidak ramai pengguna iOS yang menerima ciri baharu berkenaan. Kini, WhatsApp telah melepaskan ciri tersebut kepada lebih ramai pengguna.

Berkaitan

  • Ini 3 Ciri Baharu Di WhatsApp Yang Sepatutnya Sudah Tersedia
  • WhatsApp Uji Ciri Untuk Kurangkan Lambakan 'Chat' Kumpulan
  • Apple Kini Sokong Pembayaran Melalui ShopeePay, Begini Caranya

Terlebih dahulu, perlu diketahui ciri ini adalah khusus untuk pengguna iOS 16 sahaja, sekurang-kurangnya sehingga artikel ini ditulis. Selanjutnya, ikut langkah di bawah bagi menghasilkan pelekat WhatsApp untuk iOS dengan mudah.

Cara hasilkan pelekat WhatsApp untuk iOS 16

Terdapat dua cara untuk menghasilkan pelekat WhatsApp. Anda boleh sahaja memilih salah satu cara mengikut keselesaan masing-masing.

Cara 1

1. Di aplikasi Photos, pilih mana-mana imej yang anda mahu jadikan sebagai pelekat. Setelah itu, gunakan satu jari dan hold atau tahan objek dalam imej tersebut.

pelekat whatsapp ios 16_1

2. Tarik objek tersebut dan menggunakan satu jari yang lain, pergi ke aplikasi WhatsApp. Kemudian, lepaskan objek yang ditahan tadi dalam mana-mana chat atau perbualan.

Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat ‘Sticker’ WhatsApp Untuk iOS

3. Akan timbul satu pop-up “Custom Sticker” dan kemudian tekan “Send”. Selesai.

Cara 2

Caranya hampir sama sahaja seperti cara 1, namun lebih mudah bagi anda yang tidak biasa untuk menggunakan dua jari atau tangan.

1. Buka aplikasi Photos dan pilih mana-mana imej yang mahu dijadikan sebagai pelekat. Setelah itu, hold objek dalam imej dan lepaskan. Anda akan melihat pilihan “Copy dan “Share”. Pilih “Copy”.

Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat ‘Sticker’ WhatsApp Untuk iOS

2. Seterusnya, buka mana-mana perbualan di aplikasi WhatsApp dan tekan “Paste” di kotak teks.

Tak Perlu Aplikasi Tambahan, Ini Cara Mudah Buat ‘Sticker’ WhatsApp Untuk iOS

3. Tekan “Send” pada pop-up “Custom Sticker”. Selesai.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Semoga bermanfaat. Tinggalkan komen di platform media sosial kami jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY