Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Business Boleh Dimuat Turun Pengguna Tempatan

WhatsApp Business Boleh Dimuat Turun Pengguna Tempatan

Diterbitkan Januari 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mula ditawarkan kepada umum pada seminggu yang lepas, kini platform pemesejan segera WhatsApp Business sudah boleh dimuat turun pengguna di Malaysia.

Aplikasi ini sedikit berbeza daripada aplikasi WhatsApp yang biasa dimana ia disasarkan kepada peniaga bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelanggan.

Ia turut dilengkapi dengan balasan pantas yang akan membuat balasan mesej kepada pelanggan sekiranya peniaga sedang sibuk.

WhatsApp Business Boleh Dimuat Turun Pengguna Tempatan

Nombor telefon yang sudah didaftar pada aplikasi WhatsApp yang biasa tidak boleh digunakan pada versi perniagaan ini.

Tetapi jika anda tetap mahu menggunakan nombor tersebut, pilihan akan diberikan untuk anda beralih kepada platform baru dan meninggalkan aplikasi yang lama.

Buat masa sekarang ia WhatsApp Business hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja. Bagi anda yang menjalankan perniagaan dan sering berhubung dengan pelanggan menggunakan WhatsApp, boleh mencuba versi khas ini.

Muat turutn WhatsApp Business

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Infrastruktur AI Singapura Berhasrat Bangunkan Sehingga 500MW Kapasiti Pusat Data Baharu Di Malaysia
  • Tak Perlu Keluarkan Telefon, Jepun Uji Teknologi Baharu Untuk Naik Tren
  • Tambang ECRL Gombak-Kota Bharu Bermula RM125 - Tiket Mula Dijual Pertengahan November
  • Honda Bangunkan Teknologi Jalan Raya Yang Boleh Cas EV Ketika Bergerak
  • Harga PS6 Mungkin Cecah Lebih AS$1,000 Akibat Kenaikan Kos RAM Dan SSD
  • Dua Anak Sarawak Raih Tempat Kedua Dalam Pertandingan Robotik WRO 2026 Di Croatia
  • Dakwaan Isu Haba Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Kurang Tepat - Qualcomm
  • OpenAI Dilapor Tawar Gaji Sehingga Sekitar RM2.1 Juta Setahun Untuk Kerja Futuristik Ini
©2026 WISER.MY