Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp featured image

Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Terjemah Mesej Secara Terus Dalam Aplikasi

Diterbitkan Julai 15, 2024 · Dikemas kini Julai 15, 2024 oleh Amalina Athman

WhatsApp kini sedang membangunkan ciri terjemahan mesej secara terus dalam aplikasi pemesejan itu.

Menerusi perkongsian WABetaInfo, ia memaparkan pelaksanaan pilihan baharu yang akan membolehkan pengguna menterjemah semua mesej perbualan secara automatik.

WhatsApp Translate 2

Difahamkan, WhatsApp membangunkan teknologi dalaman sendiri untuk menyokong terjemahan mesej dan bukannya bergantung pada integrasi Google Translate.

Untuk menterjemah mesej, pengguna perlu memuat turun beberapa pek bahasa terlebih dahulu. Pendekatan ini masih mengekalkan penyulitan hujung ke hujung kerana melibatkan proses mesej pada peranti.

Sama seperti transkrip mesej suara, hanya beberapa bahasa akan disokong pada mulanya – termasuk bahasa Inggeris, Arab, Sepanyol, Portugis (Brazil), Rusia dan Hindi. Dijangkakan lebih banyak bahasa akan disokong kemudian.

Buat masa ini, ciri terjemahan semua mesej masih lagi dalam pembangunan dan dijangka tersedia dalam kemas kini akan datang.

Berkaitan

  • Penting Tambah E-mel Pada Akaun WhatsApp, Ini Sebab Dan Caranya
  • WhatsApp Kini Bolehkan Tetapan Kualiti Media Dalam HD Secara 'Default'
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri Transkrip Mesej Suara

Sumber: WABetaInfo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY