Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-08-26 at 6.59.18 PM

Western Digital My Passport SSD Dijual Pada Harga Bermula RM599

Diterbitkan Ogos 26, 2020 oleh Amsyar Latif

Western Digital (WD) sememangnya terkenal dengan produk storan komputer. Baru-baru ini, WD mengumumkan storan terbaru mereka iaitu My Passport SSD.

SSD ini menggunakan teknologi storan NVMe yang akan memberikan kelajuan pantas semasa pemindahan data. SSD ini mempunyai reka bentuk yang baru di mana WD menggunakan rekaan yang kompak dan bulat di bahagian bucu.

Antara ciri yang menarik bagi SSD ini adalah kelajuan membaca sehingga 1050MB/s dan menulis sehingga 1000MB/s. Selain itu, terdapat kalis getaran dan hentakan setinggi 1.98m.

Tambahan lagi, kabel USB-C ke USB-A disertakan dalam kotak bagi setiap pembelian. Terdapat empat pilihan warna iaitu kelabu, biru, merah dan emas. Namun, hanya warna kelabu sahaja buat masa ini untuk pasaran Malaysia.

MPSSD_Gray Lifestyle

Pengguna boleh mendapatkan SSD ini pada harga RM 599 (500GB), RM 1,069 (1TB) dan RM 1,999 (2TB) di Laz Mall dan Shopee Mall.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY