Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Waze Kini Diperkemaskan Untuk Penunggang Motosikal

Waze Kini Diperkemaskan Untuk Penunggang Motosikal

Diterbitkan Disember 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Mencari sesuatu lokasi lebih mudah dengan adanya aplikasi navigasi seperti Waze, namun bagi penunggang motosikal ia boleh menjadi sukar.

Google kini hadir dengan satu kemaskini untuk aplikasi Waze yang mana ia memberi fokus kepada pengguna kenderaan dua roda dan tiga roda. Menerusi penambahan fungsi baru ini, penunggang motosikal akan diberikan pilihan laluan yang dioptimumkan untuk mereka.

Waze Kini Diperkemaskan Untuk Penunggang Motosikal

Anggaran masa ketibaan atau ETA untuk penunggang motosikal juga akan menjadi lebih tepat kerana ia melalui laluan yang sedikit berbeza dengan kenderaan yang lain.

Selain daripada itu, Waze juga kini disertakan dengan sokongan suara yang mana anda boleh mengaktifkan hanya dengan menyebut “Ok Waze”. Ciri Talk To Waze ini mampu membantu anda bernavigasi dengan lebih selamat ketika memandu.

Waze Kini Diperkemaskan Untuk Penunggang Motosikal

Buat masa sekarang ia hanya ditawarkan di beberapa buah negara sahaja, dan Waze berjanji untuk mengembangkan penawaran ke lain-lain bahasa tidak lama lagi.

Sumber: Waze

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY