Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Watch Bantu Kesan Lokasi Mangsa Kemalangan Di Melaka

Apple Watch Bantu Kesan Lokasi Mangsa Kemalangan Di Melaka

Diterbitkan Disember 18, 2022 · Dikemas kini Disember 18, 2022 oleh Amalina Athman

Sering kali kita mendengar berita dari luar negara yang berkaitan keupayaan peranti Apple seperti Apple Watch dan iPhone untuk membuat panggilan kecemasan.

Berkaitan

  • Apple Watch Bantu Kesan Kanser Pada Kanak-Kanak Berusia 12 Tahun
  • Tim Cook Balas E-Mel Remaja Yang Kongsikan Kisah Diselamatkan Apple Watch
  • Lelaki Berjaya Diselamatkan Dengan Bantuan 'Emergency SOS via Satellite' Pada iPhone 14

Terbaharu, dalam kejadian yang berlaku semalam, seorang kakitangan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka telah berkongsi bahawa Apple Watch membantu untuk mengesan lokasi mangsa kemalangan di negeri itu.

Dinyatakan, ciri Emergency SOS berfungsi dengan menghantar maklumat kecemasan ke dalam Sistem Talian Kecemasan Negara melalui Panggilan Kecemasan MERS 999. Antara maklumat disertakan termasuk nama dan nombor telefon pengguna.

Apple Watch Bantu Kesan Lokasi Mangsa Kemalangan Di Melaka

Seterusnya, lokasi tepat iaitu latitud dan longitud di mana berlaku kemalangan akan disertakan dengan pin lokasi dalam Sistem Computer Aided Dispatch (CAD) bagi memudahkan ambulans untuk mencari mangsa kemalangan.

Bagaimanapun, tidak diketahui jika panggilan kecemasan yang diterima dari Apple Watch itu adalah daripada ciri “Crash Detection” atau “Fall Detection”.

Secara asasnya, kedua-dua ciri tersebut berfungsi hampir sama sahaja, iaitu membuat panggilan kecemasan secara automatik dalam keadaan tertentu. Namun terdapat sedikit perbezaan bagi kedua-dua ciri berkenaan.

Fall Detection

Ciri Fall Detection diperkenalkan khusus untuk Apple Watch SE atau Apple Watch Series 4 dan terkini bagi mengesan jika pengguna jatuh (hard fall) ketika memakai jam tersebut.

Apple Watch Bantu Kesan Lokasi Mangsa Kemalangan Di Melaka

Jika berlaku kemalangan dan Apple Watch mengesan bahawa ada pergerakan, ia akan menunggu pengguna membalas amaran dan tidak akan membuat panggilan kecemasan secara automatik. Sebaliknya, jika Apple Watch mengesan bahawa tiada pergerakan selama lebih kurang seminit, ia akan membuat panggilan secara automatik. Bagaimanapun, Wrist Detection perlu diaktifkan terlebih dahulu untuk membuat panggilan kecemasan secara automatik.

Selepas panggilan kecemasan dibuat, Apple Watch juga akan menghantar mesej kepada kenalan dalam senarai kecemasan (yang diperoleh daripada Medical ID) dengan lokasi pengguna.

Tetapan boleh dilakukan dengan buka aplikasi Watch pada iPhone, kemudian tekan tab My Watch > Emergency SOS > Fall Detection. Untuk aktifkan Wrist Detection, buka Settings di Apple Watch > Passcode > Wrist Detection.

Crash Detection

Ciri baharu Crash Detection diperkenalkan untuk siri iPhone 14 serta Apple Watch Series 8, Apple Watch SE (generasi kedua) dan Apple Watch Ultra. Tidak seperti Fall Detection yang dikhususkan untuk Apple Watch, ciri Crash Detection boleh digunakan pada iPhone 14 tanpa perlu dipadankan dengan Apple Watch.

ios-16-iphone-14-pro-watchos-9-series-8-crash-detection (1)

Menurut Apple, Crash Detection direka untuk mengesan kemalangan yang teruk seperti hentaman hadapan, hentaman sisi, dan perlanggaran bahagian belakang serta terbalik, melibatkan sedan, van mini, SUV, trak pikap dan kereta penumpang lain. Apabila kemalangan yang teruk dikesan, iPhone atau Apple Watch akan membunyikan penggera dan memaparkan amaran.

Sementara itu, panggilan kecemasan akan dibuat dengan menggunakan sambungan selular, panggilan Wi-Fi dengan sambungan Internet daripada Apple Watch atau iPhone.

Tetapan boleh dilakukan melalui Settings > Emergency SOS >  Call After Serious Crash.

Sumber: Harith Baharudin, Apple

  • Beli Apple Watch di Shopee
  • Beli Apple Watch Di Lazada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY