Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple watch_Patently Apple

Paten Integrasi Cip NFC, Apple Mungkin Boleh Kesan Tali Apple Watch Pihak Ketiga

Diterbitkan Mac 22, 2023 ยท Dikemas kini Mac 22, 2023 oleh Amalina Athman

Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (AS) kini telah meluluskan paten untuk tali jam Apple Watch dengan teknologi NFC.

Berkaitan

  • Ini Senarai 11 Aplikasi Dan Permainan Terbaik Untuk iPhone, iPad, Apple TV, Apple Watch Dan Mac 2022
  • Apple Watch Ultra 2.1 Inci Mungkin Dilancarkan Pada 2024

Menurut Patently Apple, paten tersebut menerangkan tali jam dengan integrasi cip NFC, yang membolehkan Apple Watch secara automatik bertindak apabila pengguna menyambung atau mengalih keluar aksesori tertentu.

Apple watch band paten

Sebagai contoh, watchOS boleh menukar muka jam yang sepadan secara automatik berdasarkan tali jam yang dipasang ke Apple Watch. Paten tersebut juga mengatakan sistem itu boleh melancarkan aplikasi kecergasan apabila pengguna memasang tali jam bertema kecergasan.

Sisi ‘gelap’ paten tali jam dengan teknologi NFC

Bagaimanapun, dari sisi gelapnya, Apple mungkin akan menggunakan teknologi ini bagi tujuan yang kurang digemari oleh sebilangan pengguna.

Paten tersebut menyatakan Apple boleh mengesan sama ada tali jam yang digunakan adalah diiktiraf oleh Apple atau sebaliknya daripada pihak ketiga. Dinyatakan,

Upon determination that a band that is coupled to the device is not an authorized band, a warning may be provided using an output component of the device, and/or one or more features of the device may be disabled or otherwise modified..

Amaran akan dipaparkan dan beberapa ciri tertentu mungkin tidak tersedia apabila tali jam yang tidak disahkan dipasang pada Apple Watch.

Upon identification of a band that is associated with a particular application or service on the wearable electronic device, the device may activate or provide access to features associated with that application or service

Sebagi tambahan, paten itu juga menerangkan sistem di mana tali jam Apple Watch menyertakan komponen lain bersama cip NFC. Ia boleh termasuk satu atau lebih penderia seperti penderia persekitaran, biometrik, gerak isyarat, inersia atau sebagainya.

Jika dilihat, ia merupakan paten menarik yang merangkumi pelbagai ciri tambahan untuk Apple Watch dan ekosistem aksesorinya.

Namun, perlu diketahui teknologi tali jam dengan cip NFC hanyalah paten dan Apple mungkin tidak akan menggunakannya untuk masa akan datang.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Handheld PC Menarik Tahun Ini
  • KKM Lancar MyLapor, Pengguna Kini Boleh Buat Aduan Kesalahan Berkaitan Produk Merokok Melalui 3 Cara
  • Opensignal Lancar Peta Interaktif Pertama Di Dunia Papar Sambungan Satelit Ke Telefon Pintar
  • Meta Bangunkan Teknologi RAM Baharu Dikenali Sebagai 'CRAM' Untuk Linux
  • Elak Beli Telefon Android Murah, Didapati Sudah Dipasang Malware Sebelum Dijual
  • Hyundai Dedah Rekaan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Generasi Baharu, Mampu Pecut Lebih 400 KM/j
  • Sistem, Perkhidmatan Utama Tabung Haji Kembali Beroperasi - 3 Fungsi THiJARI Masih Belum Aktif
  • Time Internet Tawar Peningkatan Kelajuan Percuma Sehingga 31 Oktober 2026
©2026 WISER.MY