5 UPS Terbaik Bawah RM200 Untuk Elak Komputer Mati Mengejut
Posted on
Bekalan elektrik boleh terputus atau turun naik secara tiba-tiba, dan ini boleh menyebabkan isu kerja tergendala, fail hilang, hinggalah kerosakan perkakasan, terutamanya komputer.
Di sinilah UPS (Uninterruptible Power Supply) memainkan peranannya dengan memberi kuasa sementara apabila elektrik terputus.
Sama ada di rumah,mahupun pejabat, UPS mampu melindungi peranti anda seperti PC, konsol permainan, router, dan server daripada kerosakan atau ‘shutdown’ mengejut.
Kelebihan utama UPS ialah ia memberi masa kepada pengguna untuk menyimpan kerja sebelum komputer dimatikan, sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.
Tapi, tak semua UPS sesuai untuk semua orang. Anda perlu pilih berdasarkan kapasiti kuasa, ketahanan bateri, dan jenis peranti yang ingin dilindungi.
Berikut ialah 5 pilihan UPS terbaik bawah RM200 yang sesuai untuk keperluan di rumah atau pejabat kecil.
1. Eaton 5A UPS
Eaton, syarikat pengurusan kuasa pintar menawarkan barisan produk UPS yang dipercayai.
Antara model UPS yang ditawarkan adalah dari siri Eaton 5A UPS yang hanya bermula dari RM175 dengan jaminan 2 tahun.
Eaton 5A ialah UPS line-interactive fasa tunggal dengan kapasiti 700 hingga 2200 VA dalam bentuk menara.
Ia dilengkapi perlindungan lonjakan kuasa, pemutus litar, dan pelbagai jenis soket (Schuko, NEMA, Universal) untuk sambungan.
Sesuai untuk rumah dan perniagaan kecil seperti PC, workstation, akses internet dan lain-lain.
Model EATON UPS 5A700I berharga RM175, dilengkapi bateri 12V/7Ah. Beri masa operasi sehingga 18 minit.
UPS Eaton ini memerlukan masa antara 4 hingga 6 jam untuk baterinya dicas sehingga 90% kapasitinya.
Menerusi model Pro 700 SFC, Prolink menawarkan penyelesaian kuasa yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas terkini.
Ia turut mengawal voltan dan menyediakan perlindungan lonjakan kuasa, sesuai untuk melindungi peranti kritikal seperti komputer dan peralatan elektronik sensitif lain.
Ia dilengkapi 1x bateri 650VA – 12V/8.2Ah yang menawarkan masa operasi sehingga 35 minit selepas bekalan elektrik utama terputus.
Bateri UPS ini mengambil masa pengecasan antara 2-4 jam untuk sampai ke 90% kapasitinya.
UPS yang disenaraikan di sini adalah antara ribuan model yang ada di pasaran. Ada model UPS yang berharga mencecah ribuan ringgit.
Rumah yang sering alami gangguan dan ketidakstabilan kuasa elekrtik amat digalakkan memiliki UPS untuk disambungkan bersama peralatan elektrik seperti PC, TV dan peti ais kerana ia dapat mengelakkan kerosakan pada peralatan tersebut.
Jadi, pilih model UPS yang mengikut kesesuaian penggunaan harian anda di mana 5 yang disenaraikan di sini sudah memadai dan sesuai untuk penggunaan di rumah dan pejabat kecil.