
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), orang ramai memberi alasan keluar hingga lewat malam untuk pengeluaran wang di mesin ATM.
“Ramai yang keluar lebih daripada waktu ditetapkan sehingga tengah malam pun masih ada yang keluar kononnya ada kecemasan untuk keluarkan wang dan sebagainya," katanya.
Oleh itu, dengan waktu operasi mesin ATM yang dihadkan dari 8 pagi hingga 8 malam, orang ramai tidak ada alasan lagi untuk keluar sehingga lewat malam bagi tujuan tersebut.
Dalam pada itu, Ismail Sabri, yang juga Menteri Pertahanan berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan prosedur operasi standard (SOP) berhubung operasi penghantaran makanan pada bulan Ramadan yang dijangka bermula minggu depan.
SOP yang termasuk dari segi penghantaran sepanjang Ramadan itu akan dikeluarkan dalam beberapa hari lagi.
Sumber: BERNAMA