Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data

Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data

Diterbitkan Februari 23, 2026 oleh ariff bukhari

Pusat data kini menjadi nadi ekonomi digital global, menyokong segala-galanya daripada penstriman video, storan awan hingga kecerdasan buatan.

Berdasarkan data terkini oleh Visual Capitalist menunjukkan pengagihan pusat data sangat tidak seimbang, dengan Amerika Syarikat muncul sebagai peneraju mutlak.

Amerika Syarikat memiliki lebih 3,960 pusat data, jumlah yang melebihi gabungan 14 negara lain di tangga teratas.

Malah angka itu mungkin lebih lagi mencecah lebih daripada 5,000  pusat data di AS.

Di Eropah, United Kingdom, Jerman, dan Perancis menjadi pemain utama, didorong oleh kedudukan sebagai hab pertukaran internet serta syarikat IT multinasional.

Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data

Pusat data di Asia juga sedang berkembang pesat. China, Jepun, dan India memperluas kapasiti mereka bagi memenuhi permintaan digital yang melonjak.

Ia turut dipacu Indonesia (184), Malaysia (109), Korea Selatan (86) dan Singapura (65), menandakan kebangkitan pasaran baru pusat data global.

Malaysia Di Tangga Ke-19 Negara Paling Banyak Miliki Pusat Data

Secara keseluruhan, walaupun pusat data tertumpu di beberapa buah negara denganekonomi besar, tetapi trend pertumbuhan di Asia dan pasaran membangun menunjukkan landskap digital global yang semakin pelbagai.

Infrastruktur ini bukan sekadar bangunan yang penuh dengan pelayan, tapi ia adalah asas kepada inovasi teknologi dan daya saing ekonomi masa depan.

Berkaitan

  • Pusat Data Ke-4 Vantage Di Cyberjaya Hampir Sifar Penggunaan Air
  • Kita Sedang Rakus Habiskan Sumber Bumi - Pusat Data AI, Bateri EV Contoh Paling Jelas
  • Pusat Data AI 200MW Berskala Besar Mesra Alam Akan Dibina Di Cyberjaya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY