Wajah Bapa Sains Komputer Menghiasi Not £50 British

Beliau juga hero perang dunia kedua.


Bank of England telah mengumumkan mereka akan menjadikan wajah bapa sains komputer, Alan Turing sebagai penghias kepada not £50 British terbaru.

Alan Turing merupakan seorang pakar matematik yang juga individu terawal yang menyediakan platfom kepada sains komputer moden dan kecerdasan buatan (AI).

Beliau juga diangkat sebagai salah seorang hero perang dunia ke dunia apabila beliau berjaya menyahkod mesin enigma yang digunakan oleh tentera Nazi Jerman sebagai alat komunikasi rahsia mereka.

Menurut Mark Carney, Gabenor Bank of England, berkata,

as the father of computer science and artificial intelligence, as well as [a] war hero, Alan Turing’s contributions were far-ranging and pathbreaking.

https://twitter.com/bankofengland/status/1150711737282453504

Pada tahun 2014, filem bertajuk The Imitation Game telah diterbitkan yang mengisahkan usaha Alan Turing dan rakan-rakannya cuba menyahkod mesin enigma, iaitu mesih penginkripan mesej yang digunakan oleh pihak tentera Nazi Jerman pada perang dunia kedua.

Watak Alan Turing di dalam filem tersebut telah dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch dan dibantu oleh Keira Knightley dan Matthew Goode.

Berkaitan