Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dengan Menggunakan iPhone 12 Pro Max, Jurufoto Ini Menangi Hadiah Utama Mobile Photography Awards 2021

Dengan Menggunakan iPhone 12 Pro Max, Jurufoto Ini Menangi Hadiah Utama Mobile Photography Awards 2021

Diterbitkan Mac 10, 2022 · Dikemas kini Mac 10, 2022 oleh ariff bukhari

Pertandingan fotografi antarabangsa anjuran Mobile Photography Awards (MPA) untuk tahun 2021 telah pun mengumumkan bariasan pemenangnya. Untuk pertandingan anjuran ke-11 ini, peserta bernama Liu KunKun telah dinobatkan sebagai pemenang utama pertandingan kali ini.

Dengan menggunakan bakat dan telefon pintar berkuasa Apple iPhone 12 Pro Max, beliau telah menghasilkan karya fotografi yang berjaya menambat hati para juri pertandingan tersebut.

iPhone 12 Pro Max miliki sensor kamera utama yang 47% lebih besar berbanding siri model iPhone 12 yang lain. Permukaan lebih luas itu memberikan keupayaan menerima cahaya lebih banyak seterusnya membantu ketika rakaman di kawasan rendah pencahayaan.

iPhone 12 Pro Max turut dilengkapi dengan teknologi sensor shift optical image stabilization iaitu ciripenstabilan yang biasaanya dilihat ada pada kamera DSLR dan mirrorless. Ciri ini membolehkan sensor bergerak mengikut arah gerakan tangan sekaligus mengurangkan gegaran ketika rakaman dibuat.

Juri MPA menyatakan, antara sebab kenapa karya fotografi Liu KunKun dipilih sebagai pemenang MPA 2021 kerana set foto yang dihantarnya yang konsisten dan asli.

Malah juri MPA juga menyatakan, Liu KunKun mahir dengan fotografi geometri dan perspektif yang digabungkan dengan warna dan gaya minimalis dengan caranya tersendiri.

Dengan Menggunakan iPhone 12 Pro Max, Jurufoto Ini Menangi Hadiah Utama Mobile Photography Awards 2021

Salah satu karya Liu KunKun bertajuk Walking. Kredit: MPA”...Ketika sedang merakam gambar, saya memikirkan lebih tentang kenapa mahu merakam gambar itu? Apa yang sedang dirakam? Mengapa gambar itu releven dirakam dan maksud disebalik gambar serta ekspresi?” – Liu KunKun

Kemenangan itu membolehkan Liu KunKun membawa pulang wang berjumlah USD3,000.00.

Mobile Photography Awards mula dianjurkan pada tahun 2011 dahulu. Pertandingan akan dibuka bermula dari bulan Oktober sehingga Disember setiap tahun.

Sebanyak 20 kategori fotografi dipertandingkan seperti arkitektur, hitam dan putih, potret, fotografi jalanan dan seni digital.

Sumber: MPA

Baca juga:

  • Ini Rupa Sensor 12MP Dalam iPhone 12 Pro Max, Lebih Besar Berbanding iPhone 12 Yang Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY