Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hujan meteor

Kemuncak Hujan Meteor Perseids Dijangka Berlaku Esok

Diterbitkan Ogos 12, 2022 ยท Dikemas kini Ogos 12, 2022 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) memaklumkan, orang ramai dijangka dapat melihat kemuncak fenomena angkasa yang dikenali sebagai Hujan Meteor Perseids pada awal pagi 13 Ogos 2022 (esok) dengan purata 60 meteor per jam yang boleh dilihat dalam keadaan langit yang gelap dan cuaca yang baik.

Namun begitu, menjangkakan kenampakan hujan meteor tersebut akan kurang bagus kerana gangguan bulan hampir purnama semasa kemuncak hujan meteor itu berlaku.

MYSA menjelaskan, fenomena Hujan Meteor Perseids ini berlaku setiap tahun apabila Bumi beredar mengelilingi Matahari dan merentasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle.

Berkaitan

  • Hoba, Meteorit Terbesar Berusia 400 Juta Tahun Yang Pernah Dijumpai Di Bumi Setakat Ini
  • 5 Tablet Terbaik Bawah RM2,000 Setakat April 2022
  • 5 Telefon Terbaik Bawah RM1,000 Setakat Ogos 2022
  • Isi Minyak Dengan RFID: Shell Perluas Hingga 88 Stesen Seluruh Negara, Ini Antaranya

Hujan Meteor Perseids

Komet Swift-Tuttle dianggarkan mempunyai nukleus yang berdiameter sebesar 26 kilometer dan mengambil masa selama 133 tahun untuk melengkapkan orbitnya.

Ia pertama kali dijumpai pada tahun 1862 dahulu oleh Lewis Swift dan Horace Tuttle.

Semasa komet tersebut mengorbit menghampiri Matahari, debu-debu komet yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet tersebut.

Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera Bumi dan terbakar lalu membentuk jalur bersinar yang panjang.

Sumber: MYSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY