Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
oreo xbox

Oreo Mengeluarkan Biskut Edisi Terhad Bertemakan Konsol Xbox

Diterbitkan Januari 11, 2023 oleh ariff bukhari

Oreo mengadakan kerjasama menarik apabila bekerjasama dengan Microsoft bagi mengeluarkan biskut edisi terhad Oreo yang bertemakan konsol Xbox.

Oreo edisi istimewa ini menampilkan sebanyak 6 reka bentuk tersuai timbul pada permukaan biskut tersebut.

Microsoft menyatakan, perkongsian ini akan membolehkan pemain merasai kemenangan dalam bentuk kombo biskut dan krim kegemaran Oreo.

Oreo akan mengeluarkan pek edisi khas dengan pelbagai reka bentuk biskut baharu yang menghimpunkan ikonografi Xbox dengan keenakan Oreo.

Biskut edisi terhad ini akan mengandungi logo Xbox serta butang pengawal ikonik A, B, X dan Y bersama anak panah arah.

Berkaitan

  • TNG eWallet Kerjasama Dengan Fave Tawar 'Cashback' Hingga 15%, Ini Caranya
  • 'Power Bank' Terbakar, 2 Dilaporkan Cedera Dalam Pesawat
  • Hanya Tunjuk Pada Juruwang, Ini 20 Kupon Promosi Burger King Sampai 26 Januari 2023

Malah dengan mengimbas biskut Oreo Xbox Edisi Khas ini dan memecahkan kombinasi biskut eksklusif yang diilhamkan dari kod cheat yang tersembunyi dalam permainan, peminat boleh membuka kunci bagi mendapatkan pelbagai lagi hadiah menarik.

Sebagai contoh, memasukkan simbol dalam urutan yang betul boleh membuka kunci kandungan dalam permainan yang menarik dan eksklusif bertemakan Oreo, seperti pek perisai dan skin kenderaan untuk tajuk permainan popular seperti Forza Horizon 5, Sea of Thieves dan Halo Infinite.

Selain itu, peserta juga boleh menyertai cabutan untuk memenangi hadiah daripada perkakasan Oreo, konsol Xbox, keahlian Xbox Game Pass Ultimate dan percutian.

Cumanya, biskut edisi terhad hasil kerjasama Oreo dan Microsoft yang dijual bermula Januari 2023 ini hanya ditawarkan di dalam 22 negara Eropah terpilih sahaja.

Sumber: Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY