Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Picture in picture firefox

Pelayar Firefox 71 Kini Dengan Ciri Picture in Picture

Diterbitkan Disember 5, 2019 · Dikemas kini Disember 5, 2019 oleh ariff bukhari

Juga penambahbaikan pada ciri keselamatan dan privasi pengguna.

Mozilla telah melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna aplikasi pelayar Firefox dengan versi 71.0. Dalam kemas kini ini Mozilla telah memuatkan ciri Picture in Picture bermula dari Firefox 71.

Picture in Picture  merupakan ciri yang membolehkan anda menonton video-video YouTube yang sedang dimainkan sambil sedang melayari laman-laman sesawang yang lain atau melakukan tugasan lain.

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda hanya perlu membawa penunjuk tetikus pada atas video YouTube dan ikon biru Picture in Picture akan dipaparkan.

Klik ikon tersebut dan ciri Picture in Picture akan diaktifkan.

Picture in picture firefox 3
Contoh apabila Picture-in-picture diaktifkan.

Walaubagaimanapun, ciri terbaru ini hanya boleh diaktifkan oleh pengguna Windows sahaja. Bagi pengguna macOS dan Linux, mereka hanya akan dapat menggunakan ciri baru Firefox ini pada Januari 2020 nanti.

Selain itu, Mozilla turut menambah baik ciri Enhanced Tracking Protection. Mozilla mendakwa, ciri tersebut dianggarkan telah menyekat 1 Trilion permintaan penjejak bagi menjejaki penggunanya ketika mereka melayari internet.

Pelayar Firefox 71 Kini Dengan Ciri Picture in Picture

Pelayar Firefox 71 boleh dimuat turun oleh pengguna Windows, macOS dan Linux secara percuma terus dari laman rasmi Mozilla.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY