Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TikTok Uji Pelan Langganan Berbayar Tanpa Iklan

“Pematuhan TikTok Terhadap Undang-Undang Malaysia Masih Tidak Memuaskan” – Fahmi

Diterbitkan Oktober 12, 2023 oleh ariff bukhari

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil hari ini memaklumkan, beliau telah bertemu dengan pengurusan tertinggi TikTok diketuai Naib Presiden Global TikTok, Helena Lersch.

Pertemuan itu adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung beberapa isu berbangkit susulan peningkatan penyebaran berita palsu di platform media sosial itu serta operasi TikTok Shop di Malaysia.

Dalam perbincangan tersebut beliau menegaskan, TikTok perlu beroperasi mengikut garis panduan dan undang-undang Malaysia.

fahmi fadzil tiktok

TikTok juga mesti lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan, termasuk penularan yang bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB).

“Saya tekankan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan, dan hal ini mesti diperbetul segera.” Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pihak TikTok memaklumkannya dengan mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini.

“Saya juga menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit. Ini berikutan aduan daripada gedung-gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan akibat iklan yang ditempah terus dengan platform media sosial.”

Pada pertemuan itu juga, TikTok telah memberi jaminan akan meningkatkan kerjasama dengan Kerajaan Malaysia. Sehubungan dengan itu, mereka memberi komitmen untuk mengadakan pertemuan lanjut pada kadar segera untuk menyelesaikan isu-isu berbangkit.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • 5 Cip Telefon Pintar Terbaik 2023
  • X Ada Ciri Baharu, Hanya Pengguna Berbayar Sahaja Boleh Balas Siaran

Sumber: FB Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY