Laporan Akhir Pelaksanaan 5G Di Malaysia Telah Diserahkan Kepada Menteri
Laporan akhir hasil daripada kaji selidik pelaksanaan 5G di Malaysia telah diserahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Gobind Singh Deo baru-baru ini.
Majlis penyerahan laporan itu telah dibuat semasa Persidangan Antarabangsa 5G Malaysia yang telah pun berlangsung selama dua hari bermula 20-21 Januari 2020.
Persidangan itu merupakan julung kalinya dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Laporan akhir pelaksanaan 5G itu telah diterbitkan oleh pihak SKMM menerusi Pasukan Petugas Khas 5G yang dipengerusikan oleh Dato’ Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus, timbalannya, Muniff Kamaruddin dan Penasihat Pasukan Petugas Khas 5G, Profesor Dr. Tharek Abdul Rahman.
Pasukan Petugas Khas 5G telah ditubuhkan dalam bulan November 2018 lalu yang bertujuan bagi menjalankan kaji selidik serta memberikan pelan holistik bagi pelaksanaan teknologi rangkaian internet mudah alih 5G di Malaysia pada masa depan.
Antara kandungan utama yang terdapat di dalam laporan akhir tersebut adalah prasyarat pelaksanaan 5G seperti keperluan-keperluan infrastruktur, penyelesaian pengurusan spektrum, dan hal-hal kawal selia meliputi kerjasama dengan Negeri dan pihak berkuasa tempatan serta menangani kebimbangan berhubung isu sekuriti, keselamatan dan kesihatan.
Menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), pelaksanaan 5G dijangka akan menyumbangkan hampir RM12.7 bilion kepada KDNK negara serta mewujudkan sebanyak 40,000 peluang pekerjaan baharu dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
Setakat ini, terdapat 72 kes kegunaan melibatkan sembilan vertikal di 56 lokasi langsung beroperasi secara aktif bermula dari Oktober 2019 sehingga Jun 2020 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM143 juta. 35 daripada kes kegunaan tersebut adalah di Langkawi.
Berkaitan
- China Menutup Shanghai, Melakukan Ujian COVID Ke Atas 26 Juta Penduduknya
- Pengguna iPhone Tidak Sabar Menggunakan Ciri Mod Gelap Pada Peranti Mereka
- Setakat Ini, 398 Nama Rakyat Malaysia Akan Dihantar Ke Planet Musytari
- Menara Telekomunikasi Tumbang Di Dalam Kawasan Surau Akibat Ribut
- Wabak Covid-19 Menyebabkan Udara Di China Menjadi Lebih Bersih
- Lakukan 3 Perkara Ini Jika Anda Terkesan Dengan Penyebaran Berita Atau Kandungan Tidak Benar
- Apple Mungkin Akan Terjun Sama Dalam Industri E-Sukan Tahun Hadapan
- Talian Khidmat Pelanggan SKMM Sudah Kembali Beroperasi Seperti Biasa
- Nvidia GeForce RTX 5090 Dilaporkan Sedia Dilancar Tahun Depan
- Husqvarna Vektorr, Konsep Skuter EV Yang Tak Dilancar Lagi