Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Pendekkan Tempoh Pembayaran Bil Mulai 1 Oktober

Cetak Rompak Jejaskan Operasi, Astro Ambil Tindakan Terhadap Individu Dan 2 Syarikat

Diterbitkan Februari 19, 2024 ยท Dikemas kini Februari 19, 2024 oleh ariff bukhari

Astro terus memerangi cetak rompak di mana baru-baru ini mereka telah mengemukakan tuntutan sivil terhadap sebuah kedai F&B di Kuala Lumpur dan sebuah hotel butik di Cameron Highlands di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mengumpul bukti bahawa kedai-kedai ini menyiarkan dan menunjukkan kandungan hak cipta Astro cetak rompak kepada pelanggan dan orang ramai di premis mereka tanpa kebenaran atau lesen Astro.

Dalam tuntutannya itu Astro merekodkan Perintah Persetujuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap pengendali kedai F&B di KL dan hotel butik di Cameron Highlands masing-masing pada 17 Januari 2024 dan 19 Januari 2024.

Kedua-dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM55,000 kepada Astro, menerbitkan permohonan maaf secara terbuka di media dan memberikan aku janji untuk berhenti dan berhenti daripada melanggar hak cipta Astro dalam apa cara sekalipun.

Kedua-dua cawangan itu juga telah bersetuju dengan langganan komersial Astro bernilai RM53,000 secara keseluruhan.

nvidia shield
kotak TV Android “halal”

Malah yang terkini, pada 16 Februari 2024, Mahkamah Sesyen Ampang mendakwa dan mendenda jurujual, Teh Wei Seng, 26 kerana menjual peti TV pra-muat dengan kandungan Astro yang tidak dibenarkan di bawah Seksyen 43 AA (1)(c) Akta Hak Cipta 1987.

Dia mengaku bersalah dan didenda RM12,000 atau penjara 6 bulan jika ingkar.

Kesalahan itu dilakukan pada 30 Mac 2023 di sebuah kedai di Ampang, Selangor di mana Teh didapati memiliki 3 kotak TV Android di mana dua daripadanya telah dimuatkan dengan kandungan Astro yang tidak dibenarkan.

Melaluinya, ia membuktikan bahawa Astro memang tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan cetak rompak atas kandungannya.

Malah, kegiatan cetak rompak tersebut juga menjejaskan operasi mereka dalam menyediakan kandungan permium untuk rakyat Malaysia.

Berkaitan

  • Catat Penurunan Langganan, Keuntungan Astro Merosot
  • Astro Lancar Saluran Percuma Baharu, 'Ultraman'
  • 9 Rancangan Ini Yang Paling Popular Di Astro Sepanjang 2023

Sumber: Siaran media Astro

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY