VR Sense | Kini Anda Boleh "Sentuh" Dan "Hidu"

Teknologi realiti maya atau VR semakin berkembang dari semasa ke semasa. Jikalau dulu, kita hanya boleh melihat teknologi ini di dalam filem sains fiksyen, tetapi kini ia bukanlah perkara asing lagi. Syarikat mula berlumba-lumba untuk membina serta menyediakan peranti yang mampu memberi kesan realiti maya terbaik kepada para pengguna.

vrsense08_s
Terbaru, sebuah syarikat yang berpengkalan dari Yokohama Jepun telah mencipta sebuah peranti realiti maya yang dikenali sebagai VR Sense. Ia bagaikan sebuah permainan arked yang biasa kita lihat di pusat hiburan keluarga, tetapi apa yang membezakannya adalah pengalaman yang dirasai ketika bermain dengan peranti tersebut. Pemain akan berasa seolah-olah berada di dalam dunia yang dimainkan itu. Seperti mana yang kita tahu, teknologi realiti maya sebelum ini mampu membuat kita seakan-akan berada di dalam dunia yang lain, tetapi VR Sense membantu pemain untuk menyentuh serta menghidu ketika bermain.

vrsense10_s

Berbentuk seperti "bilik kecil" siap dengan tempat duduk yang akan berputar ke pelbagai arah dan set VR yang dipakai di kepala. Untuk memastikan keselamatan pemain, tali pinggang keledar ada disediakan. Antara yang menarik adalah fungsi sentuhan, dimana pemain dapat merasai sentuhan ketika menggunakan peranti tersebut. Seperti contoh, jika anda melihat serangga terjatuh di atas kepala anda, akan benar-benar merasai perkara itu. Menarik bukan? Selain itu, peranti berkenaan akan mengawal suhu dan mengeluarkan kabus untuk memberi lebih pengalaman kepada pemain.

vrsense12_s

vrsense11_s

Untuk merangsang deria bau pemain, peranti terbabit dipasang dengan fungsi bau yang mampu mengeluarkan apa juga jenis bau mengikut situasi permainan. Jika anda bermain di dalam hutan, bau tumbuhan dalam hutan yang akan keluar. Jika anda bermain permainan perang, maka asap dan bau bahan letupan yang akan anda hidu.

Buat pengetahuan anda semua, VR Sense dibangunkan berasaskan PlayStation VR dan PlayStation Move. Alatan yang digunakan juga adalah dari PlayStation 4.
Sumber: Game Watch Impress, Kotaku Via The Next Web