Ikuti Langkah Berikut Dan Rebut Peluang Untuk Dapatkan Asus ZenFone 5 Pada Harga RM1

Bagi anda yang terlepas menyaksikan penstriman secara langsung di Facebook Lazada tempoh hari, platform jualan beli-belah dalam talian itu ada mengadakan tawaran menarik, "RM1 Frenzy" bersama Asus.



Anda mahu rebut peluang memiliki peranti ZenPower Slim atau ZenFone Max Pro atau Zenfone 5 pada hanya RM1? Menerusi RM1 Frenzy, Lazada dengan kerjasama Asus akan menawarkan 20 unit ZenPower Slim apabila follower Asus Online Store mencecah angka 10,000 orang.

Seterusnya adalah 10 unit Zenfone Max Pro untuk 12,000 follower diikuti dengan 2 unit ZenFone 5 sekiranya follower mencecah 15,000 orang.

Apa Yang perlu anda lakukan?

  1. Follow Asus Official Store di Lazadahttps://lzd.co/AsusOS

  2. Klik pada butang " Follow" dibahagian kiri atas

  3. Apabila jumlah follower mencapai sasaran yang ditetapkan, tawaran RM1 Frenzy akan bermula.

  4. Untuk pengumuman tentang pembukaan tawaran RM1 Frenzy, anda boleh nantikannya di laman Facebook Asus Malaysia


Tawaran yang dibuat ini berasaskan siapa cepat, dia yang dapat. Jadi anda perlu peka dengan setiap pengumuman yang dibuat oleh Asus serta Asus Online Store di Lazada.

*Ketika artikel ini siap ditulis, jumlah follower adalah 9610.