Bersaiz kompak dan boleh dilipat-lipat, DJI Mavic 2 Pro dan DJI Mavic 2 Zoom, dilengkapi dengan ciri tersendiri yang mampu menawan hati peminat dron tempatan.
Mavic 2 Pro

Merupakan kesinambungan kepada model Mavic Pro yang dilancarkan dua tahun lalu. Ia adalah dron pertama di dunia diintegrasikan dengan kamera dari Hasselblad.

Dengan kerjasama Hasselblad, ia bakal memberikan kualiti imej yang lebih baik serta memaksimumkan fleksibiliti kepada pengguna untuk suntingan video dan foto.
Berkemampuan merakam pada rakaman 20MP ketika di udara dengan warna yang tepat pada sebarang pencahayaan. Mavic 2 Pro juga menyokong resolusi 4K HDR 10 Bit.
Mavic 2 Zoom

Bagi model ini pula, ia dibangunkan sebagai dron boleh lipat untuk pengguna yang pertama dilengkapi dengan ciri zoom optikal.
Dikuasakan dengan sensor CMOS 1/2.3 inci, anda boleh merakam objek dengan gabungan dua kali zoom optikal (24-48mm) dan dua kali zoom digital lensa telefoto 96mm. Rakaman untuk fotografi landskap memberikan hasil terbaik dengan ciri Super Resolution,dimana ia menggunakan zoom optikal untuk merakam dan menggabungkan 9 gambar yang menghasilkan imej 48MP lebih terperinci.

Bagi siri Mavic 2 ini, kedua-duanya berupaya merakam video beresolusi 4K Ultra High Definition dan kemampuan HDR yang dipertingkatkan.
Dibawa masuk oleh pengedar tempatan, ECS Star, Mavic 2 Pro dijual pada harga RM 6599 manakala Mavic 2 Zoom diletakkan pada nilai RM 5699. Setiap pembelian akan disertakan dengan bateri, pengecas, alat kawalan jauh, dan empat pasang kipas.
Turut dijual adalah kit FlyMore yang mengandungi dua bateri tambahan, pengecas bateri, pengecas untuk kegunaan dalam kereta, dua pasang kipas serta beg yang kesemuanya sekali bernilai RM 1399.
Kesemua harga yang disebutkan diatas sudah termasuk SST.
Mavic 2 Pro dan Mavic 2 Zoom akan mula ditawarkan pada penghujung September 2018 dan boleh didapati disemua pengedar sah DJI atau dibeli secara dalam talian dari Lazada.
Berkaitan
- HONOR 20 Pro Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Ogos Ini
- Telefon Pintar Dalam Video Ini Dipercayai Model Samsung Galaxy A8+ (2018)
- Gambar Kotak HTC Desire 12 Pula Tertiris Memperlihatkan Spesifikasi
- Xiaomi Mi 9T Akan Dilancar Rasmi Untuk Malaysia Pada 20 Jun Ini
- Jualan Gudang Switch - iPhone 5 Dijual Serendah RM200
- realme 6 Dan 6 Pro Diperkenalkan, Paparan 90Hz Dan Pengecasan 30W
- Lenovo Z6 Pro Dijual Pada Harga RM2299 Di Malaysia
- Huawei Malaysia Adakan Promosi Untuk MatePad Pro, Bermula 29 April Sehingga 7 Jun 2020
- Dapatkan Hasil Kamera Terbaik Dari Kuad Kamera OPPO A9 2020
- 12 Aplikasi Permainan Berbayar Android Kini Ditawarkan Secara Percuma