Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Bakal Padam Google Now Launcher Dari PlayStore Tidak Lama Lagi

Google Bakal Padam Google Now Launcher Dari PlayStore Tidak Lama Lagi

Diterbitkan Februari 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sejak dilancarkan Ogos 2014 yang lepas, Google Now Launcher telah dimuat turun lebih dari 50 juta kali di serata dunia melalui PlayStore. Di awal pelancarannya, ia merupakan sebuah launcher yang dibangunkan khas untuk peranti siri Nexus dan kemudian ia dibuka kepada telefon pintar yang lain selepas mendapat sambutan hangat daripada pengguna.

Satu foto email berkaitan Google mahu memberhentikan Google Now Launcher telah dimuat naik laman Android Police. Email tersebut menyatakan bahawa Google akan memadam launcher tersebut dari PlayStore bermula pada suku pertama tahun 2017. Bagi pengguna yang sedang menggunakan Google Now Launcher, mereka akan menerima kemaskini melalui aplikasi Google Search. Selepas 1 Mac 2017, Google tidak akan meluluskan mana-mana syarikat pengeluar yang cuba untuk memasarkan peranti yang dipasang dengan launcher tersebut.

nexus2cee_capture-768x398

Ramai yang berpendapat hal ini terjadi adalah kerana syarikat enjin carian terkenal itu mahu memfokuskan kepada satu launcher sahaja, Pixel Launcher. Pixel Launcher diperkenalkan bersempena dengan pelancaran telefon pintar siri Pixel yang menggantikan siri Nexus. Ia merupakan produk hasil dari kerjasama dengan syarikat pengeluar telefon HTC bersama dengan Google.

Buat masa sekarang, Google Now Launcher masih boleh dimuat turun di PlayStore dan mungkin akan kekal untuk sedikit masa lagi. Bagi anda yang memilih untuk memuat turun launcher tersebut, anda harus faham yang anda tidak akan mendapat apa-apa kemaskini selepas ini.

Sumber: Android Police

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY