Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Stesen Minyak Petronas Sediakan Kemudahan Pembayaran Samsung Pay

Stesen Minyak Petronas Sediakan Kemudahan Pembayaran Samsung Pay

Diterbitkan Julai 5, 2017 · Dikemas kini Julai 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Memetik laporan dari BH Online, stesen minyak kendalian Petronas Dagangan  Bhd (PDB), telah memperkenalkan sistem pembayaran SamsungPay untuk urusniaga di lebih 1000 stesen minyak Petronas diseluruh negara.

Kini anda tidak perlu khuatir lagi jika terlupa membawa dompet ke stesen minyak petronas, kerana hanya dengan menggunakan telefon pintar Samsung, pembayaran boleh dibuat di kaunter.

Antara senarai telefon yang mempunyai sokongan SamsungPay adalah:

  • Galaxy S6 edge+
  • S7 edge
  • S8
  • S8+
  • Note 5
  • A5
  • A7
  • A9 Pro

Cara membuat bayaran menerusi teknologi ini adalah sangat mudah.

Anda hanya perlu mengimbas telefon pintar ke peranti yang dilengkapi dengan sistem point-of-sale seperti;

  • Peranti NFC
  • Peranti Magnetic Stripe
  • Terminal bagi kad berasaskan cip (EMV = Europay, MasterCard and Visa)

SamsungPay adalah sistem pembayaran yang tidak menggunakan sebarang wang tunai mahupun kad.

Ia menggunakan teknologi NFC( Near Field Communication) dan MST (Magnetic Secure Transmission).

 

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, sistem yang dilaksana ini bakal memberi pengalaman baru kepada para pelanggan.

Syarikat turut melancarkan kempen digital bagi menarik orang ramai supaya menggunakan kemudahan tersebut.

Kempen PDB SamsungPay ini akan berlangsung selama 8 minggu bermula 10 Julai depan.

Hadiah turut disediakan bersempena kempen yang dijalankan:

  1. Pemenang utama – satu unit Samsung Galaxy S8 & kad hadiah PETRONAS bernilai RM150 *
  2. Pemenang kedua – satu unit Samsung Galaxy A7 berserta kad hadiah PETRONAS bernilai RM100.

Sumber: BH Online

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY