Aplikasi Touch 'N Go Wallet Kini Dalam Peringkat Ujian Beta

Touch 'N Go kini maju setapak dengan membangunkan sebuah aplikasi untuk telefon mudah alih.

Memetik berita dari Lowyat.net, aplikasi ini telah pun berada di peringkat ujian beta dan beroperasi di Taman Tun Dr. Ismail.

Dikenali sebagai Touch 'N Go Wallet, ia tidak berintegrasi dengan kad Touch 'N Go sedia ada kerana ia menggunakan mekanisma tambah nilai yang berbeza.

Walaupunbegitu, ia masih boleh berkongsi baki bersama pengguna yang mempunyai akaun servis ini.

Selain itu, Touch 'N Go Wallet tidak berkongsi maklumat log masuk yang digunakan pada MyTouchnGo Portal. Anda perlu mendaftar untuk akaun yang berlainan.

Mungkin anda tertanya-tanya fungsi sebenar aplikasi bukan? Menurut soal jawab di laman web rasmi syarikat itu, ia dibangunkan khas untuk pengguna membuat pembayaran

  • Bil utiliti

  • Tambah nilai akaun prabayar

  • Pembelian tiket wayang di MBO

  • Tempahan tiket penerbangan menerusi Airpaz


Kesemua pembayaran diatas boleh dibuat melalui fungsi dalam aplikasi itu sendiri.

171222tngwallet03-1024x625

Diberitakan lagi, bagi pengguna yang berada di Taman Tun Dr. Ismail kini boleh membuat pembelian dibeberapa kedai terpilih menggunakan aplikasi ini.

Touch 'N Go Wallet dilengkapi dengan teknologi pengimbas QR dan bukannya NFC.

Hal ini mungkin kerana syarikat berkenaan mahu meluaskan penggunaan aplikasi disebabkan tidak semua telefon pintar mempunyai sokongan NFC.

Bagi penduduk TTDI anda boleh menyertai program beta ini dengan mendaftar masuk disini. Ujian beta Touch 'N Go Wallet akan berlangsung sehingga 20 April 2017.

https://youtu.be/f_K6FHSIM5g

Sumber: Lowyat.net