Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vivo Xplay 7, Flagship Seterusnya Dari Vivo

Vivo Xplay 7, Flagship Seterusnya Dari Vivo

Diterbitkan Januari 30, 2018 oleh Wiser MY

Vivo sedang mengorak langkah dalam pasaran telefon pintar ketika ini. Semasa CES 2018 di Las Vegas yang lepas, Vivo mengeluarkan peranti X20 Plus UD yang merupakan telefon pintar pertama di dunia yang menggunakan pengimbas cap jari yang terbina di dalam skrin paparan hasil kerjasama Synaptics.

Vivo tidak berhenti di situ kerana mengikut khabar angin dan bukti imej yang tertiris, Vivo bercadang memperkenalkan peranti utama mereka yang diberi nama Xplay  7. Untuk peranti ini pula, ia dikhabarkan menjadi peranti telefon pintar pertama di dunia yang didatangkan dengan ruang 10GB RAM.

Vivo Xplay 7, Flagship Seterusnya Dari Vivo

Vivo juga mungkin akan memperkenalkan dua versi Xplay 7 yang perbezaan ketara dari segi saiz. Peranti ini juga dikatakan akan terus menggunakan teknologi sama dari Synaptics untuk sistem pengimbasan cap jari.

Untuk cip pemprosesan pula, Qualcomm Snapdragon 845 dijangka akan memacu peranti ini dan didatangkan dengan ruang memori ROM sebesar 256GB untuk varian biasa dan 512GB untuk varian ‘Plus’.

Vivo Xplay 7, Flagship Seterusnya Dari Vivo

Setakat ini, butiran yang disebutkan di atas masih lagi tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak. Cuma yang pasti kita tunggu dan lihat sahaja perkembangan dari Vivo.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Dua Syarikat Malaysia Disenarai AS, MITI Nasihat Pengendali Pusat Data Elak 7 Entiti
  • Honor Magic9 Pro Max Dilancar Di Malaysia Pada Harga RM5,999
  • Cara Paparkan Semula Preview Bergambar Pada Ikon Di Windows Explorer
  • LZNK Lancar Aplikasi 'Amil AI' - Permudah Akses Maklumat, Permohonan Bantuan, Bayaran Zakat
  • BYD Kini Tawar SUV Dengan Stereng Boleh Dilipat Menerusi Fangchengbao Tai 9
  • Dream Chaser Terima Lesen Pendaratan FAA, Sasar Penerbangan Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
©2026 WISER.MY