Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo X200 Ultra

vivo X200 Ultra Bakal Dilancarkan April Depan

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh ariff bukhari

Vivo yang kini menghadiri Boao Forum for Asia mempamerkan set kepala realiti campuran (mix reality) baharunya dan membincangkan teknologi 6G.

Malah telefon pintar mereka iaitu X200 Ultra telah dipilih sebagai telefon pintar rasmi di forum tersebut.

Sempena dengan itu, siri vivo X200 yang setakat ini hanya terdapat dalam varian standard dan Pro di pasaran akan turut ditawarkan dengan versi x200 Ultra.

vivo mengesahkan pelancaran X200 Ultra akan dibuat pada bulan April akan datang bersama X200s.

vivo X200 Ultra akan mempunyai tiga modul kamera, termasuk periskop 85mm dengan sensor 200MP khas Samsung ISOCELL HP9.

Kamera utama menggunakan lensa 35mm dengan sensor 50MP Sony LYT-818 serta kamera ultra lebar 14mm.

X200 Ultra dijangka menggunakan cip Snapdragon 8 Elite, bukan Dimensity 9400.

vivo juga dikhabarkan bekerjasama dengan Fujifilm dan Zeiss untuk pembangunan kamera peranti tersebut.

Walau bagaimanapun, X200 Ultra mungkin eksklusif untuk pasaran China sahaja.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Ini 3 Cara Mudah Bagi Tambahkan Saiz Storan Telefon Pintar Anda
  • Jom Belajar Surah Al-Fatihah Dengan Betul Dibantu AI Melalui Aplikasi Ini

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY