Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

vivo V80 Lite 5G Tiba Di Malaysia – Bateri 10,000mAh, Harga Bermula RM1,499

Posted on September 3, 2026September 3, 2026

vivo Malaysia secara rasmi melancarkan vivo V80 Lite 5G di Malaysia, dengan tarikan utama pada bateri berkapasiti 10,000mAh.

vivo V80 Lite 5G menjadi model pertama dalam siri V yang hadir dengan bateri 10,000mAh. Bateri BlueVolt itu menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging, dengan vivo mendakwa ia mampu menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif dalam satu pengecasan.

Ketahanan baterinya turut mendapat pengiktirafan di peringkat global apabila V80 Lite 5G mencatat GUINNESS WORLD RECORDS bagi Longest Electronic Product Testing Livestream, selepas ujian tersebut berlangsung selama 32 jam 37 minit.

Peranti ini turut direka untuk kegunaan dalam cuaca panas di Malaysia, dengan sokongan kuasa yang stabil pada suhu sehingga 45°C. Ia dilengkapi sistem penyejukan 3.8K Ultra Large VC Cooling System bagi membantu mengawal suhu peranti ketika digunakan dalam tempoh yang lama atau untuk tugasan berprestasi tinggi.

Ciri Battery Life Extender memastikan fungsi penting seperti panggilan kecemasan kekal tersedia walaupun baki bateri hanya 1%. Sementara itu, Reverse Charging membolehkan telefon ini mengecas peranti lain, termasuk fon telinga TWS ketika dalam perjalanan.

Pada bahagian hadapan, V80 Lite 5G dilengkapi skrin 1.5K OLED 6.83-inci dengan kadar segar semula 120Hz, sokongan 1.07 bilion warna dan kecerahan sehingga 2,000 nits dalam Mod Kecerahan Tinggi. Ia turut dilengkapi pembesar suara stereo yang dipertingkatkan dengan Algoritma VEQ bagi menghasilkan bass yang lebih dalam.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Dimensity 7300e bersama konfigurasi sehingga 8GB RAM LPDDR4X dan storan sehingga 256GB berasaskan UFS 3.1.

Beralih ke bahagian kamera, V80 Lite 5G menggunakan kamera swafoto 32MP, manakala kamera belakang menggunakan tetapan 50MP+2MP. Ciri Check-In Watermark boleh menambah maklumat masa dan lokasi pada gambar secara automatik, sementara AI Erase digunakan untuk membuang individu atau pantulan yang tidak diingini daripada foto.

Dari segi ketahanan, vivo V80 Lite 5G telah melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan dan direka untuk tahan jatuh dari ketinggian sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet serta sehingga satu meter di atas pelbagai permukaan keras.

Dengan penarafan IP68 dan IP69, peranti ini mampu bertahan dalam air pada kedalaman sehingga 1.5 meter selama 30 minit, hujan lebat berterusan selama 24 jam, kitaran mesin basuh serta pendedahan kepada 27 jenis cecair harian. Sokongan IP6X pula memberikan perlindungan daripada habuk, sementara skrin sentuhnya juga kekal responsif ketika digunakan dengan tangan yang basah atau berminyak.

Sebagai ciri tambahan, V80 Lite 5G akan mula memperkenalkan teknologi Extended RAM mulai 24 September 2026 melalui pengoptimuman perisian. Tiga pilihan warna disediakan, iaitu Afterglow Pink, Emerald Green dan Dawn Black.

Harga dan Ketersediaan

vivo V80 Lite 5G ditawarkan di Malaysia dengan harga berikut:

  • 6GB + 128GB: RM1,499
  • 6GB + 256GB: RM1,799
  • 8GB + 256GB: RM1,999

Tempahan awal dibuka sehingga 11 September 2026 di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian.

Pembeli tempahan awal boleh menerima hadiah bernilai sehingga RM1,145, termasuk Smart Projector, Backpack, V Selection Earbuds dan Card Holder. Turut disertakan manfaat vivo Care seperti waranti bateri empat tahun, waranti lanjutan 365 hari dan perlindungan penutup belakang selama satu tahun.

Pembelian secara ansuran pula ditawarkan serendah RM124.92 sebulan untuk 12 bulan pada kadar faedah 0%, selain penjimatan sehingga RM150 melalui SPayLater dan rebat tambahan RM100 melalui pelan ansuran bank.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress