vivo V19 ini merupakan peranti pertama yang hadir dengan dwi-lensa swafoto. Ia berukuran 6.44 inci Super AMOLED dengan resolusi Full HD+ serta dilengkapi perlindungan kaca Corning Gorilla Glass.

Terdapat pengimbas cap jari di dalam skrin dengan teknologi optikal. 2 lensa swafoto pula diletakkan dalam skrin direka dalam bentuk punch-hole. Ia mempunyai 32 MP (f/2.1) sebagai lensa utama dan tambahan 8 MP (f/2.3) sudut lebar.
Peranti dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 712 dengan padanan 8GB/128GB UFS 2.1. Peranti juga turut mempunyai perisian khusus untuk permainan seperti Multi-Turbo 3.0 untuk peningkatan fps dan Ultra Game Mode.

Beralih ke bahagian belakang peranti, modul kamera memuatkan 4 lensa yang disusun berbentuk ‘L’. Konfigurasi kamera adalah 48 MP (f/1.8) utama + 8 MP (f/2.2) sudut lebar + 2 MP (f/2.4) makro + 2 MP (f/2.4) depth. Terdapat mod Super Night dan video Ultra Stable untuk kedua-dua bahagian kamera hadapan dan belakang sekaligus mengiyakan ura-ura sebelum ini.
Spesifikasi bateri peranti juga agak menarik. Ia dimuatkan dengan kapasiti 4,500mAh dan pengecasan pantas Flash Charge 2.0 33W melalui USB Type–C. Antara ciri-ciri lain peranti adalah bicu audio 3.5mm dan Bluetooth 5.0. Dari segi perisian, peranti menjalankan Funtouch OS 10 berasaskan Android 10.


Berkaitan
- vivo X60 Pro+ Kini Rasmi - Snapdragon 888, Sistem Kamera ZEISS, Dan Skrin AMOLED 120Hz
- [Ujian Gaming] Main PUBG Mobile Di Vivo NEX 3, Maksimum FPS, Bateri Dan Prestasi Keseluruhan
- Origin OS vivo Yang Baharu Dilaporkan Menawarkan Pilihan Beralih Ke Antaramuka Android Asli
- Siri vivo X50 Dengan Kamera Gimbal Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Julai Ini
- vivo V20 dan V20 Pro Dilancarkan - Hadir Dengan Snapdragon 765G, Kamera Utama 64MP Dan Swafoto 44MP
- vivo Sedang Bangunkan Jam Pintar, Dijangka Diperkenalkan Pada Bulan Hadapan
- Gaming Test Pada vivo Y76 5G Dengan MediaTek Dimensity 700
- vivo Umum V20 SE Dengan Warna Aquamarine - Harga Masih Sama RM1,199
- Kamera vivo Y76 5G Dengan 50MP, Cantik Tetapi Bersyarat
- Reaksi Awal vivo Y76G - Kelas Pertengahan vivo Dengan 50MP Dan Pengecasan 44W