Vivo V19 Menawarkan Ciri Kamera Night Mode

Bagi meneruskan legasi siri V untuk pasaran tempatan, Vivo bakal membawa penawaran terbaru dengan memperkenalkan Vivo V19. Keluaran model yang terbaru ini juga didatangkan dengan slogan ''Ignite Your Night''.

Satu lagi spesifikasi yang telah didedahkan oleh vivo adalah berkaitan dengan kamera mod malam. Berdasarkan video yang terdapat di laman rasmi Facebook vivo Malaysia, peranti ini dibayangkan mempunyai fungsi kamera mod malam resolusi tinggi untuk bagi rakaman kurang cahaya yang lebih baik.

Walau bagaimanapun, vivo Malaysia belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran rasmi dan spesifikasi peranti ini. Maklumat lanjut dijangka akan didedahkan menjelang pelancaran vivo V19 nanti.