Vivo nex 3 Mendapat Skor Tertinggi Pada Antutu Benchmark


Beberapa hari yang lalu, Vivo telah melancarkan peranti flagship terbaru mereka iaitu Vivo Nex 3 di Shanghai. Vivo Nex 3 mendapat perhatian ramai dengan rekaannya yang menarik dan apa yang menjadi tumpuan ialah ia merupakan satu-satunya peranti yang hadir dengan paparan "Waterfall Screen Fullview" yang mempunyai nisbah skrin ke badan 99.6%.

Dari segi prestasi, Vivo Nex 3 5G hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855+ yang merupakan cip paling berkuasa dari Qualcomm bagi tahun ini. Baru-baru ini, satu ujian prestasi Vivo Nex 3 telah dijalankan dengan menggunakan aplikasi Antutu. Hasilnya amat mengejutkan apabila Vivo Nex 3 mengungguli tempat teratas dengan mendapat skor 497858 mengambil alih kedudukan ROG Phone 2 yang hanya mendapat skor sebanyak 492907.


kredit imej:gsmarena


Ia amat mengejutkan kerana jumlah skor yang diperolehi hampir sahaja mencapai 500,00 dan ia berkemungkinan didapati melalui bantuan sistem penyejukan 'Vapor Chamber Cooling", memberi laluan peranti ini beroperasi secara lancar hingga mencapai skor tertinggi.

Vivo Nex 3 dijual di China bermula pada tanda harga 5698 yuan (~RM3366) bagi versi 5G RAM 8GB/256GB, 6198 yuan (~RM3661) bagi versi 5G RAM 12GB/256GB dan 4998 yuan (~RM2953) bagi versi 4G RAM 8GB/128GB). Adakah peranti ini akan menjengah pasaran Malaysia, ia tidak dapat dipastikan lagi dan oleh itu kita nantikan pengumuman dari Vivo.

Sumber: gsmarena